SARA 2026 atau dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah kini menjadi nadi penting masyarakat untuk mendapatkan akses kepada keperluan asas.
Ingin tahu cara daftar SARA 2026 dan cara semak kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026? Semak perenggan sehingga habis.
Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP): Semakan Tarikh Agihan Bantuan
Isi Kandungan
Apa Itu SARA 2026?

SARA 2026 (Sumbangan Asas Rahmah) adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memberi kredit tunai cashless kepada warganegara Malaysia yang layak untuk membeli lebih 100,000 barangan asas di lebih 10,000 kedai & pasar raya terpilih menggunakan MyKad.
Tujuan utamanya:
- Meringankan beban kos sara hidup.
- Menambah akses kepada keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, roti, minuman, ubat-ubatan, dan lain-lain
Syarat Kelayakan SARA 2026
Kategori Penerima adalah automatik berdasarkan kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (termasuk bagi bantuan one-off RM100).
- Penerima STR 2026 (semua kategori termasuk isi rumah, bujang & warga emas).
- Golongan miskin tegar atau miskin dalam data eKasih (layak kadar lebih tinggi)
Kadar Bantuan SARA Tahun 2026
| Kategori Penerima | Jumlah Kredit SARA (Per Bulan) |
|---|---|
| Penerima STR sahaja | RM100 |
| Penerima STR + eKasih (Miskin/Miskin Tegar) | RM100–RM200 |
| Individu Bujang | RM50 |
| Semua Warga Malaysia 18+ (one-off RM100) | RM100 |

Cara Semak Kelayakan & Status SARA 2026
Semakan Melalui Online (Laman Rasmi):
- Portal Rasmi SARA 2026: www.sara.gov.my
- Semak Status MyKasih: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Portal MySTR (untuk penerima STR + SARA): https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor MyKad anda (without dash).
- Tekan “Semak Status”.
- Paparan akan tunjuk layak / tidak layak, jumlah kredit & tarikh bayaran.

Pendaftaran Bantuan SARA Tahun 2026
Berikut adalah langkah lengkap pendaftaran SARA melalui portal MySTR. Penting untuk difahami bahawa SARA 2026 dikreditkan secara automatik, tetapi sama ada anda perlu atau boleh lihat statusnya melalui akaun MySTR (LHDN) adalah melalui semakan status permohonan STR, kerana SARA dikaitkan dengan maklumat MySTR.
Langkah 1: Lawati Portal Rasmi MySTR (HASiL)
Pergi ke laman web MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Ini ialah portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) untuk log masuk & semak STR/SARA.
Langkah 2: Daftar Akaun MySTR (Jika Baru)
Jika anda belum mempunyai akaun MySTR 2026, ikut langkah di bawah:
- Klik “Daftar Pengguna Baru”
- Masukkan maklumat asas:
- Nama penuh (seperti di MyKad)
- Nombor MyKad (tanpa sengkang “-”)
- Emel aktif
- Nombor telefon yang boleh dihubungi
Sistem akan hantar kod pengesahan (OTP) ke nombor telefon/emel anda. masukkan kod untuk sahkan akaun.
Langkah 3: Log Masuk ke MySTR
- Masukkan No MyKad.
- Isi kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik Log Masuk.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan.
- Lengkapkan segala borang yang diminta.
- hantar permohonan.
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah adalah bergantung pada kelulusan MySTR dan sistem e-kasih. Pemohon boleh menyemak kelayakan SARA dilaman web MySTR dengan mengikuti langkah berikut:
- Klik Menu “Semakan Permohonan”
- Pilih Tahun 2026 (atau menu SARA/STR)
- Lihat status kelulusan dan bayaran tersebar
- Maklumat yang dipaparkan termasuk:
- Status permohonan STR
- Jumlah SARA yang diluluskan
- Tarikh & jumlah pembayaran
- Status kelulusan tunggakan atau maklumat kategori
Jika status menunjukkan “Dalam Proses”, semakan perlu dibuat semula selepas beberapa hari bekerja.
Soalan Lazim program SARA 2026
Adakah perlu daftar untuk SARA?
Daftar melalui pautan MySTR
Bila bantuan SARA mula dikredit?
SARA bulanan bermula 9 Januari 2026, dan one-off RM100 pada 9 Februari 2026.
Boleh guna di semua kedai?
Hanya di kedai & pasar raya terpilih yang berdaftar dengan program SARA/MyKasih.
