Semak Bantuan MyKasih: Status Layak Dan Jumlah Kelulusan

Semak Bantuan MyKasih untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM200.00 Sebulan , dalam setahun Bantuan Sebanyak RM2,100.00 disalurkan kepada penerima bantuan MyKasih. Bagaimana dengan Status bantuan MyKasih adakah anda layak?

Semak Bantuan MyKasih disini untuk mengetahui status kelayakan anda dan berapa jumlah kelulusan.

Baca juga: Semakan STR Fasa 2 2025: Bila Tarikh Bantuan Disalurkan

Semak Bantuan MyKasih Tahun 2025

semak bantuan mykasih kelayakan

Semakan bantuan MyKasih boleh dilakukan melalui beberapa kaedah seperti surat pemakluman, Menghubungi Pihak Mykasih atau melalui portal rasmi MyKasih. Jumlah kelulusan juga telah ditingkatkan kepada RM2,100 bagi penerima isi rumah miskin eKasih.

Pada tahun 2025, golongan penerima MyKasih telah diperluaskan kepada isi rumah lulus STR, warga emas tiada pasangan, dan Bujang. Semak Bantuan Mykasih Sekarang.

Kategori Kelayakan Bantuan MyKasih 2025

Syarat Kelayakan terbahagi kepada 2 kategori iaitu lulus str eKasih dan lulus STR Sahaja :

Lulus STR & eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.


Lulus STR Sahaja

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Jumlah Bantuan MyKasih 2025

Bantuan MyKasih sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan pada bulan Januari – Mac 2025. , RM200 Bermula bulan April – Disember dikreditkan kedalam Mykad penerima

Berikut merupakan Butiran penyaluran SARA pada tahun 2025 :

Isi Rumah (Lulus STR & eKasih)

Jumlah: RM2,100
Januari – Mac: RM100
April -Disember: RM200


Warga Emas Tiada Pasangan (Lulus STR & eKasih)

Jumlah: RM1,650
Januari – Mac: RM100
April -Disember: RM150


Bujang (Lulus STR & eKasih)

Jumlah: RM600
Januari – Mac: –
April-Disember: RM50


Isi Rumah (Lulus STR Sahaja)

Jumlah: RM900
Januari – Mac: Tiada
April-Disember: RM100


Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)

Jumlah: RM450
Januari – Mac: –
April-Disember: RM50

Cara Mohon Bantuan Mykasih Online

Anda perlu mendaftar di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dan ikut langkah dibawah:

Langkah untuk mendaftar dan log masuk kali pertama ke MySTR:

  1. Buat Permohonan Baharu STR secara dalam talian:
    • Setelah permohonan berjaya dihantar, klik ‘YA’ untuk mendaftar akaun MySTR.
      .
  2. Masukkan Kata Kunci Keselamatan:
    • Kata Kunci Keselamatan hanya boleh mengandungi huruf dan nombor sahaja (tiada aksara khas/simbol).
    • Kata Kunci Keselamatan ini akan digunakan setiap kali anda log masuk MySTR.
      .
  3. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih soalan yang disediakan dan masukkan jawapan yang mudah di ingat.
    • Jawapan akan digunakan untuk pengesahan jika terlupa kata laluan.
      .
  4. Pengesahan Soalan dan Jawapan:
    • Semak pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih. Jika betul, klik butang ‘Teruskan’.
      .
  5. Masukkan Kata Laluan:
    • Kata laluan mesti mempunyai minimum 8 aksara, termasuk huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.
    • Pastikan kata laluan mudah diingati kerana ia akan digunakan setiap kali log masuk MySTR.
      .
  6. Pendaftaran Berjaya:
    • Paparan mesej “Akaun MySTR telah berjaya didaftarkan. Sila klik MySTR untuk ke menu MySTR”.
    • Anda kini boleh log masuk ke MySTR dan Buat Semakan STR Fasa 2 2025.

Log masuk ke MySTR setelah pendaftaran berjaya:

  1. Klik Log Masuk STR.
  2. Masukkan Nombor MyKad (12 digit).
  3. Klik Butang Semak.
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan.
  5. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  6. Klik “Log Masuk.”
  7. Kemaskini Borang Permohonan dan hantar.
  8. Selesai.

Cara Semak Bantuan MyKasih 2025

Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:

Surat Pemakluman
Surat lulus Mykasih akan dikepilkan sekali bersama surat kelulusan STR yang dihantar ke alamat penerima.


Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.


Semakan terus melalui portal rasmi
Semakan kelayakan SARA • Portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my


Hubungi
BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
Semakan pelaksanaan SARA
Hubungi MyKasih: 03-7720 1800

Cara Bantuan MyKasih 2025 Disalurkan

Bantuan Mykasih pada tahun 2025 akan dikreditkan terus kedalam MyKad penerima setiap bulan mengikut kelayakan. Saluran bantuan melalui MyKad ini telah diperluas ke Sabah dan Sarawak berbanding sebelum ini hanya semenanjung sahaja.

Senarai Barangan Berdaftar Di Bawah Bantuan MyKasih

Barangan yang berdaftar dibawah bantuan MyKasih adalah:

  1. Beras
  2. Minyak masak
  3. Telur
  4. Biskut
  5. Minuman
  6. Makanan Dalam Tin
  7. Produk Kebersihan
  8. Ubat-Ubatan
  9. Roti
  10. Tepung
  11. Mee Segera
  12. Bahan Perasa
  13. Barangan Sekolah

Semak Bantuan Mykasih Sekarang.

Barangan yang disebutkan diatas boleh dibeli menggunakan MyKad penerima bantuan MyKasih, barang yang tidak disebutkan perlu dibayar sendiri oleh penerima bantuan.

Semak Senarai Kedai Runcit dan Pasaraya MyKasih 2025

semak bantuan mykasih 2025 kedai

Semak bantuan Mykasih dan senarai kedai runcit dan pasaraya yang berdaftar dibawah program bantuan Mykasih boleh disemak melalui portal rasmi MyKasih. Masukkan nama Bandar, nama Negeri dan tekan butang “Cari”.

Jenama Barang MyKasih 2025

jenama mykasih
  • Beras: Jasmine, Jati, Cap Rambutan, Saga, Bernas, Faiza
  • Minyak Masak: Seri Murni, Saji, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife
  • Telur: Nutriplus, QL Eggs, CP
  • Biskut: Munchy’s, Julie’s Kerk, Tiger, Kraft Foods, Chips More, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng
  • Minuman: Boh, Ducth Lady, Milo, Fernleaf, Nescafe, F&N, Horlicks, Quaker, Marigold, Vico
  • Ubat-Ubatan: Prospan, Hurix’s Sterimar, Panadol, Difflam
  • Barangan Sekolah: Stabilo, Staedtler, Bata, Faber Castell, Canggih
  • Makanan dalam tin: TC Boy, Adabi, Kimball, Yeos, Ayam Brand, King Cup
  • Roti: Massimo, Gardenia, Mighty White
  • Tepung: Blue Key, Faiza, Cap Ros, Cap Lili, Cap Sauh,
  • Mee Segera: Indo Mie, MAMEE, Mie Sedaap, EKA, Maggi, Cintan
  • Bahan Perasa: Puteri, Kimball, Maggi, CSR, Tamin, Life, Jalen, Faiza, Planta
  • Produk Kebersihan: Colgate, Kotex, Detto

Semak Bantuan MyKasih 2025 di portal rasmi MyKasih .

Maklumat Lanjut Semak Bantuan MyKasih 2025

Maklumat lanjut mengenai Mykasih dan STR, sila pergi ke laman web di pautan :

MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Atau boleh menghubungi atau pergi ke pejabat My Kasih yang Beralamat di :

MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.

Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
info@mykasih.com

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment