Semakan SARA : Cara Tebus Bantuan SARA & SARA One-Off RM100

Semakan SARA : Kerajaan Malaysia terus berusaha membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dengan pelabagai inisiatif. Bantuan SARA One-Off merupakan salah satu inisiatif terbesar kerajaan dimana RM100 akan diberikan kepada seluruh individu rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.

Dalam artikel ini akan kamu kongsikan panduan lengkap daripada apa itu bantuan SARA, tarikh bayaran, semakan kelayakan, hingga cara menebus bantuan supaya anda tidak terlepas peluang menikmati pemberian kerajaan ini.

Baca juga: Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025 (Jadual Penuh Tahun 2025)

Apa Itu Bantuan SARA & SARA One-Off RM100

Bantuan SARA merupakan bantuan yang diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang layak setiap bulan sepanjang tahun untuk membeli barangan keperluan di kedai dan pasaraya yang berdaftar dibawah program Mykasih.

Bantuan SARA One-Off (Sumbangan Asas Rahmah) pula merupakan inisiatif khas kerajaan berbentuk kredit e-dompet diberikan kepada seluruh individu pada 31 ogos 2025 untuk membeli barangan dapur dan keperluan yang diluluskan di kedai dan pasaraya terpilih di seluruh Malaysia.

Tarikh & Jadual Bayaran Bantuan SARA

Bantuan SARA akan dikreditkan kedalam akaun penerima pada 1hb setiap bulan, manakala bantuan SARA One-Off RM100 pula akan agihkan pada 31 ogos 2025.

Cara Tebus Bantuan SARA Di Kedai Dan Pasaraya

Bantuan SARA dapat ditebus dengan menggunakan kad pengenalan (Mykad). Pemilik Mykad perlu membawa Kad Pengenalan apabila ingin menebus bantuan SARA, ikuti 6 langkah mudah ini:

  1. Pilih barang keperluan yang diluluskan.
  2. Tunjukkan Mykad pad cashier untuk pengesahan.
  3. Tukar nombor pin sementara kepada nombor pin baharu.
  4. Imbas kod barangan yang dibeli.
  5. Bayar menggunakan Mykad.
  6. Simpan resit untuk semakan.

Semakan SARA Secara Online

Semakan kelayakan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan langkah mudah berikut:

  1. Layari laman web rasmi Mykasih: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. tekan butang “semakan status”.

Nota: Sebarang semakan kelayakan berhubung dengan SARA untuk SEMUA boleh disemak mulai 21 Ogos 2025.

Senarai Kedai Dan Pasaraya Untuk Tebus Bantuan SARA 2025

Senarai kedai dan pasaraya terpilih boleh dirujuk pada portal rasmi Mykasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list .

  1. Masukkan nama bandar dan negeri.
  2. Tekan butang cari.
  3. Senarai kedai akan di bandar dan negeri yang dipilih akan dipaparkan (contoh dibawah).
semakan sara
semakan sara sarawak

Senarai Barangan Terpilih Untuk Tebusan Bantuan SARA

senarai barang mykasih

Senarai barangan yang boleh dibeli terdiri daripada 14 kategori produk yang diluluskan beserta contoh jenama yang tersenarai (Semakan SARA):

  1. Beras
    • Jasmine
    • Jati
    • Saga
    • Bernas
    • Faiza
    • Beras Wangi Cap Rambutan
    • Cap Gajah
    • Cap Masjid
  2. Roti
    • Gardenia
    • Massimo
    • Mighty White
  3. Telur
    • CP
    • NutriPlus
    • QL Eggs
  4. Minyak masak
    • Alif
    • Knife
    • Saji
    • Daisy
    • Seri Murni
    • Buruh
    • Vesawit
  5. Tepung
    • Blue Key
    • Cap Sauh
    • Faiza
    • MFM
    • Cap Ros
  6. Biskut
    • Munchy’s
    • Tiger
    • Chipsmore
    • Hwa Tai
    • Julie’s
    • KERK
    • Kraft Foods
    • Jacob’s
    • Hup Seng
  7. Mi segera
    • Indomie
    • Maggi
    • Mamee
    • Mi Sedaap
    • Cintan
    • Econsave
  8. Minuman
    • Dutch Lady
    • MILO
    • BOH
    • Nescafé
    • F&N
    • Fernleaf
    • Marigold
    • Horlicks
    • Quaker
    • Vico
  9. Makanan dalam tin
    • TC Boy
    • Ayam Brand
    • Adabi
    • Yeo’s
    • Kimball
    • King Cup
  10. Bahan perasa
    • Puteri
    • Kimball
    • Maggi
    • Tamin
    • Adabi
    • Faiza
    • Planta
    • Life
    • Jalen
    • Cukup Rasa (Maggi)
    • Serbuk Kari Babas
    • Serbuk Kari Mak Siti
    • CSR
  11. Produk kebersihan
    • Colgate
    • Kotex
    • Dettol
  12. Ubat-ubatan
    • Prospan
    • Hurix’s
    • Strepsils
    • Sterimar
    • Panadol
    • Difflam
  13. Barangan persekolahan
    • Stabilo
    • Faber-Castell
    • Staedtler
    • Bata
    • Campap
    • Canggih
  14. Barangan Kebersihan Rumah (TERKINI)
    • Sabun / serbuk pencuci pakaian
    • Sabun pinggan mangkuk
    • Pencuci lantai

Info Lanjut Semakan SARA & SARA One-Off

  • Semakan SARA di laman web: www.mykasih.com.my di bawah bahagian “Semak Kelayakan” dan lihat jumlah bantuan yang diterima setiap bulan.

Leave a Comment