Semakan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah SYUKUR 2025: Panduan Lengkap

Semakan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah SYUKUR merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang bertujuan meringankan beban rakyat melalui bantuan kewangan sekali gus mengutamakan kesejahteraan masyarakat yang memerlukan. Melalui program ini, rakyat Sabah yang layak boleh membuat semakan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah SYUKUR menerusi saluran rasmi seperti portal PADANS dan laman rasmi SYUKUR.

Inisiatif ini memberi sokongan kepada golongan B40, warga emas, ibu tunggal, serta masyarakat yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Artikel ini akan menghuraikan secara terperinci cara membuat semakan, syarat kelayakan, jumlah bantuan, serta sumber rasmi untuk memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan sahih.

Baca juga: Ini Senarai Barang SARA MyKasih Yang Anda Boleh Beli Dengan RM100 (One-Off SARA)

Apa itu Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah SYUKUR?

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah SYUKUR ialah bantuan khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyat. Ia merupakan kesinambungan usaha kerajaan negeri dalam memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati manfaat pembangunan dan tidak tercicir daripada bantuan kebajikan negeri Sabah khususnya.

Objektif Utama Program

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini diadakan dengan objektif utama:

  • Meringankan beban kos sara hidup rakyat Sabah.
  • Memberi bantuan terus kepada golongan sasar seperti B40, warga emas, ibu tunggal, dan golongan kurang berkemampuan.
  • Meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat Sabah melalui pengagihan bantuan yang lebih menyeluruh dan telus.

Syarat Kelayakan

KELAYAKAN SEMAKAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Antara syarat kelayakan asas untuk program sentuhan kasih rakyat sabah ini adalah:

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Berdaftar sebagai pemilih di Sabah.
  • Golongan B40 atau penerima bantuan kebajikan di bawah agensi kerajaan.
  • Kategori khas seperti warga emas, ibu tunggal, atau orang kurang upaya (OKU).

Jumlah Bantuan Yang Diterima

JADUAL SEMAKAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Berikut adalah ringkasan jumlah dan tempoh bantuan diberikan berdasarkan fasa:

Setiap penerima layak menerima RM300 sebulan, dibayar berperingkat setiap 3 bulan (RM900 setiap fasa). Semakan & permohonan melalui portal rasmi di bawah.

Semakan / Permohonan SYUKUR Semak Melalui PADANS
Ringkasan pembayaran bantuan SYUKUR Sabah mengikut fasa tahun 2025
Fasa Tempoh Bantuan Jumlah (Lump-sum/Fasa) Anggaran Mula Bayaran Catatan
1 Jan – Mac 2025 RM900 Februari 2025 Kredit akaun / tunai
2 April – Jun 2025 RM900 April / Mei 2025 Bergantung proses bank
3 Julai – September 2025 RM900 Ogos / September 2025 Ikut penjadualan daerah
4 Oktober – Disember 2025 RM900 Oktober 2025 Fasa akhir tahun
Jumlah Jan – Dis 2025 RM3,600 RM300 x 12 bulan

*Kaedah pembayaran: kredit ke akaun bank berdaftar. Tanpa akaun, bayaran tunai di kaunter/pejabat daerah yang ditetapkan.

Cara Membuat Semakan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah SYUKUR

Untuk memastikan maklumat yang diproleh adalah tepat, semakan hanya boleh dibuat melalui portal rasmi kerajaan negeri atau saluran yang telah disahkan. Berikut adalah langkah asas semakan sentuhan kasih rakyat Sabah SYUKUR:

  1. Layari https://syukur.sabah.gov.my/ atau https://padans.sabah.gov.my/
  2. Masukkan nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
  3. Masukkan Kata laluan dan tekan butang “Log Masuk”
  4. Klik “Semak” untuk melihat status kelayakan atau tekan pada permohonan baru untuk memohon.

Alternatif lain: semakan melalui aplikasi YONO SuperApp atau tunggu notifikasi SMS.

Kaedah Pengagihan Semakan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah SYUKUR

KAEDAH PENGAGIHAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Pembayaran Bantuan dilakukan melalui kredit terus ke akaun bank, atau pembayaran tunai di lokasi yang ditetapkan, atau pembayaran melalui applikasi e-wallet YONO Superapps.

Kesimpulan

Program Semakan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah SYUKUR 2025 adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan paling memerlukan di negeri ini. Dengan saluran rasmi yang tersedia, proses semakan dan penyaluran kini lebih telus. Artikel ini menawarkan panduan penuh daripada syarat kelayakan, cara semakan, jadual bantuan, hingga saluran rayuan, demi memudahkan rakyat Sabah mengambil manfaat secara tepat dan sahih, sekian terima kasih.

Leave a Comment