Senarai Barang Bantuan MyKasih 2025 & Cara Guna MyKad Untuk Tebus RM2,100

Senarai Barang Bantuan MyKasih 2025 & Cara Guna MyKad Untuk Tebus RM2,100

Bagi memenuhi keperluan harian rakyat, Kerajaan MADANI telah memperluas senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit Bantuan MyKasih melalui MyKad. Kini, terdapat lebih kurang 14 kategori barangan keperluan asas yang dibenarkan.

Apakah barangan yang termasuk dalam senarai ini dan bagaimana cara penggunaannya? Ikuti maklumat lengkap dan panduan penggunaan di bawah.

Baca juga: Ini Senarai Barang Lulus Mykasih 2025! Barangan Yang Boleh Ditebus

Join Channel WhatsApp kami secara percuma dan jadi antara yang terawal mendapat info Bantuan Kerajaan : Klik Disini

Senarai Barang Bantuan Mykasih 2025 Yang Diluluskan di Bawah Program Mykasih

senarai barang bantuan mykasih 2025

Penerima Bantuan MyKasih kini boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori yang telah diluluskan, antaranya ialah :

  • Beras: Pelbagai jenama seperti Jasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan.
  • Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White.
  • Telur: QL Eggs, Nutriplus, CP.
  • Minyak Masak: Saji, Alif, Buruh, Knife, Vesawit dan lain-lain.
  • Tepung: Cap Ros, Cap Sauh, Faiza, BlueKey.
  • Biskut: Munchy’s, Julie’s, Chipsmore, Hup Seng, Jacobs.
  • Mi Segera: Maggi, Mamee, Indo Mie, Mi Sedaap.
  • Minuman: Milo, Dutch Lady, Nescafe, F&N, Quaker, Horlicks.
  • Makanan Dalam Tin: Ayam Brand, King Cup, Adabi, TC Boy.
  • Perasa & Penambah Rasa: Sos Jalen, Kicap Tamin, Planta, Maggi.
  • Produk Kebersihan Diri: Ubat gigi, sabun, tuala wanita dari jenama seperti Colgate, Kotex, Dettol.
  • Ubat-ubatan: Panadol, Hurix’s, Prospan, dan lain-lain yang diluluskan KKM.
  • Keperluan Sekolah: Pakaian, alat tulis jenama seperti Bata, Canggih, Stabilo, Faber-Castell.
  • Produk Kebersihan Rumah: Kategori baharu (rujuk label harga di pasaraya).

Nota Penting: Pembelian hendaklah mengikut jumlah kredit yang tersedia dalam MyKad dan hanya untuk barangan tersenarai sahaja.

Had Pembelian Barang Bantuan MyKasih 2025

Kerajaan telah menetapkan had pembelian barangan Bantuan MyKasih kepada setiap penerima seperti berikut :

Kategori PenerimaPenerima Sedia AdaPenerima Baharu
Isi RumahRM100–RM200 sebulan (sehingga RM2,100 setahun)RM100 sebulan (sehingga RM900 setahun)
Warga EmasRM100–RM150 sebulan (sehingga RM1,650 setahun)RM50 sebulan (sehingga RM450 setahun)
BujangRM50 sebulan (sehingga RM600 setahun)Tiada bantuan diperuntukkan

Panduan Pembelian Barang Bantuan MyKasih 2025

panduan pembelian barang bantuan mykasih

Hanya individu yang disahkan layak boleh membuat pembelian barang Bantuan MyKasih seperti berikut :

  • Kunjungi kedai terpilih yang menyertai program MyKasih.
  • Pilih barangan keperluan daripada kategori yang dibenarkan.
  • Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
  • Bayar menggunakan MyKad dan masukkan PIN yang telah ditetapkan.
  • Selesai, resit akan diberikan sebagai bukti pembelian.

Untuk senarai kedai terlibat, layari: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

Panduan Semakan Baki MyKasih 2025

resit semakan baki barang bantuan mykasih 2025

Untuk penerima yang telah menggunakan Bantuan MyKasih bagi pembelian barangan keperluan asas, baki yang masih ada dalam MyKad boleh disemak secara atas talian melalui aplikasi MyKasih dengan mudah. Hanya perlu log masuk menggunakan maklumat peribadi dan anda boleh melihat jumlah baki terkini serta rekod transaksi pembelian.

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda.
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk maklumat lanjut dan semakan, layari: https://www.mykasih.com.my

Rujukan

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Penafian

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai barang bantuan mykasih 2025 disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment