SEMAKAN STR 2025 SENARAI PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TAHUN 2025 FASA 1, 2, 3 DAN 4 DAN JUMLAH BANTUAN YANG DITERIMA.
Kerajaan Malaysia terus komited dalam menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat Malaysia dengan menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan demi menyokong kelangsungan hidup yang semakin sarat.
Sumbangan Tunai Rahmah merupkan salah satu daripada usaha kerajaan. Sumbangan ini telah diwujudkan sejak daripada Zaman Dato Sri Najib Bin Razak lagi yang dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah.
Baca juga : Semak Bantuan Mykad RM200: Senarai Penerima Sara Terkini
Isi Kandungan
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Tempoh Permohonan STR 2025
Permohonan STR 2025 dibuka sepanjang tahun bermula dari19 Oktober 2024. Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Jumlah Bantuan STR 2025
Jumlah Bayaran Bantuan STR bergantung kepada kelayakan pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah keseluruhan juga bergantung pada pindaan kementerian dari masa ke semasa. Jumlahbayaran terini adalah seperti berikut :
Pendapatan (RM) | Isi Rumah Anak ≥ 5 | Isi Rumah Anak 3 – 4 | Isi Rumah Anak 1 – 2 | Isi Rumah Anak 0 | Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang |
---|---|---|---|---|---|---|
≤ 2,500 | 2,500 | 2,000 | 1,500 | 1,000 | – | 600 |
2,501 – 5,000 | 1,250 | 1,000 | 750 | 500 | 600 | – |
Bayaran STR 2025 Mengikut Fasa 1 , Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4

- Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur)
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 1,000 | 500 | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan |
1 – 2 | 1,500 | 500 | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan |
3 – 4 | 2,000 | 500 | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan |
≥ 5 | 2,500 | 500 | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan |
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur)
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 500 | 150 | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan |
1 – 2 | 750 | 150 | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan |
3 – 4 | 1,000 | 250 | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan |
≥ 5 | 1,250 | 300 | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan |
- Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun)
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan |
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 (Berumur ≥ 60 tahun)
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan | Akan dimaklumkan |
Tarikh Bayaran STR Mengikut Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025.
- Fasa 2 : April 2025.
- Fasa 3 : Ogos 2025.
- Fasa 4 : November 2025.
Kaedah Bayaran STR 2025
Kaedah pembayaran STR 2025 adalah melalui Kredit ke Akaun Bank. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima/pasangan. sekiranya Tiada maklumat akaun bank atau Status pengkreditan gagal kredit, Pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Cara Memohon Bantuan STR 2025
a. Permohonan Secara Dalam Talian
- Melalui Portal Rasmi STR: Portal Rasmi STR 2025
b. Permohonan Melalui Borang Kertas
- Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi STR
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Borang STR 2025 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima.
Cara Mendaftar Bantuan STR 2025
- Permohonan Baharu STR Secara Dalam Talian Di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2025:
- Setelah permohonan baharu STR berjaya dihantar, klik ‘YA’ untuk mendaftar akaun MySTR.
- Kata Kunci Keselamatan:
- Masukkan kata kunci keselamatan yang mudah diingati.
- Format kata kunci keselamatan hanya huruf dan nombor sahaja (tiada aksara khas/simbol).
- Kata kunci keselamatan ini akan digunakan setiap kali anda log masuk MySTR.
- Soalan Keselamatan:
- Jawab 5 soalan yang disediakan.
- Pilih soalan yang anda inginkan dan daftarkan jawapan.
- Jawapan ini akan digunakan untuk pengesahan jika anda terlupa kata laluan.
- Pengesahan Soalan dan Jawapan:
- Semak pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih.
- Jika betul, klik butang ‘Teruskan’.
- Kata Laluan:
- Masukkan kata laluan dan pengesahan kata laluan.
- Kata laluan mesti mempunyai minimum 8 aksara, termasuk huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.
- Kata laluan ini perlu dimasukkan setiap kali anda log masuk MySTR.
- Klik butang ‘Daftar’.
- Pendaftaran Berjaya:
- Paparan mesej “Akaun MySTR telah berjaya didaftarkan. Sila klik MySTR untuk ke menu MySTR”.
- Anda kini boleh log masuk MySTR.
- Log Masuk STR

- Klik Log Masuk STR.
- Masukkan Nombor MyKad (12 digit).
- Klik Butang Semak.
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan.
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Klik Log Masuk.
Terlupa Kata Laluan STR 2025
- Cara Menetapkan Semula Kata Laluan MySTR
- Klik Terlupa Kata Laluan.
- Klik Semak.
i. Mempunyai E-mel yang Berdaftar pada Permohonan STR 2024:
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR dan klik ‘Seterusnya’.
- Kata laluan sementara akan di-e-melkan pada e-mel yang didaftarkan.
- Semak e-mel dan log masuk semula MySTR.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu.
ii. Tidak Mempunyai E-mel / E-mel Tidak Sama seperti yang Berdaftar pada STR 2024 / E-mel Tidak Sah:
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat.
- Sahkan kata kunci keselamatan.
- Pemohon perlu menjawab 3 soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan sahkan Kata Laluan.
Semakan Status Kelayakan STR Dan Jumlah Bayaran
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah:
- Kunjungi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Pilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status
- Hubungi Hotline BKK:
- Nombor: 1-800-88-2747
- Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang
- Hubungi MOF:
- Nombor: 03-8882 4565 / 4566
- Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang
- Hadir ke Pejabat HASiL yang Berhampiran
Semakan melalui laman web rasmi MySTR
- Klik Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon.
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan.
- Klik Semakan Status.
Maklumat yang Akan Dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Maklumat Lanjut STR 2025
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, anda boleh menghubungi pihak HASiL melalui:
- Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
Anda juga boleh melayari portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my untuk maklumat lebih terperinci.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.