SYUKUR 2026: Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat RM200 Setiap Bulan

Sentuhan Kasih Rakyat SYUKUR 2026 merupakan inisiatif utama berterusan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, bagi membantu menoktahkan kemiskinan tegar di negeri tersebut.

Program bantuan kewangan yang julung kali diperkenalkan pada tahun sebelumnya ini telah terbukti berjaya meringankan beban kos sara hidup rakyat, dan kini diteruskan pada tahun 2026 dengan peruntukan yang lebih bersasar.

Menerusi bantuan ini, setiap penerima yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 setiap bulan, yang disalurkan dalam bentuk bayaran sekali gus bernilai RM600 setiap tiga bulan (empat fasa setahun).

Baca juga: Semakan Bantuan Bulanan JKM 2026: BWE, EPOKU, BKK, BPT, BTB, BAP

Apa Itu Sentuhan Kasih Rakyat SYUKUR 2026?

SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2026 SYUKUR 2026

Program Sentuhan Kasih Rakyat (singkatannya, SYUKUR) merupakan inisiatif bantuan tunai khusus untuk rakyat Sabah yang bermatlamat memberi jaringan keselamatan sosial kepada kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan. Pelaksanaan inisiatif ini sejajar dengan pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang memfokuskan kepada kesejahteraan serta kebajikan rakyat.

Menjelang tahun 2026, kerajaan negeri telah menambah baik proses saringan kelayakan dengan menggunakan asas Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2024 bagi memastikan ketelusan data penerima. Melalui penyelarasan baharu ini, golongan yang diukur sebagai miskin dan miskin tegar melalui nilai per kapita PGK makanan akan menerima bantuan yang berterusan, sekali gus memberikan kelegaan kepada sekurang-kurangnya 100,000 isi rumah di seluruh Negeri Sabah.

Objektif Utama Pelaksanaan Program SYUKUR 2026

SYUKUR 2026

Antara objektif utama pelaksanaan program SYUKUR 2026 (Sentuhan Kasih Rakyat 2026) adalah:

  1. Membasmi Kemiskinan Tegar: Membantu menaikkan taraf ekonomi dan kehidupan golongan yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan sistem PADANS (Pangkalan Data Negeri Sabah).
  2. Menyediakan Keperluan Asas: Memastikan setiap penerima mempunyai jaminan tunai untuk perbelanjaan runcit, keperluan dapur, dan pendidikan anak-anak.
  3. Merangsang Ekonomi Setempat: Suntikan dana terus ke peringkat akar umbi memacu pusingan ekonomi domestik di pekan dan daerah seluruh Sabah.

Syarat Kelayakan Sentuhan Kasih Rakyat SYUKUR 2026

Bagi mengelakkan sebarang ketirisan dana bantuan, Kerajaan Sabah menetapkan kriteria kelayakan yang ketat. Pemohon perlulah memastikan mereka menepati syarat asas dan salah satu syarat khusus sebelum membuat permohonan:

Syarat Asas (Wajib Dipenuhi)

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin secara tetap.
  • Penduduk Sabah: Memegang kad pengenalan dengan status ‘H’ pada penjuru kad.
  • Bermastautin: Menetap dan beralamat di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Had Umur: Pemohon mesti berumur 18 tahun dan ke atas

Syarat Khusus (Perlu Memenuhi Salah Satu)

  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang sah berstatus miskin atau miskin tegar dan mempunyai rekod yang aktif di dalam sistem pangkalan data eKasih atau PADANS.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) Tercicir: Golongan yang belum tersenarai di dalam eKasih, tetapi mempunyai bukti jumlah pendapatan isi rumah berada di bawah garis panduan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Sabah yang terbaharu (berdasarkan taksiran PGK 2024 yang mula berkuat kuasa bagi tahun 2026).

Nota Penting: Bagi kategori miskin, hanya KIR sahaja yang menjadi penerima. Manakala, bagi kategori miskin tegar, KIR berserta pasangan, atau salah seorang ahli isi rumah (sekiranya tiada pasangan) boleh didaftarkan untuk mengangkat keluarga tersebut keluar daripada garisan kemiskinan tegar.

Kadar Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat 2026 (SYUKUR 2026)

Peruntukan besar daripada Belanjawan Sabah telah diluluskan bagi menyokong inisiatif ini. Kadar kelulusan kekal pada jumlah penuh RM2,400 setahun.

  • Kadar Bantuan Bulanan SYUKUR 2026: RM200 Sebulan.
  • Kadar Bantuan Setiap Fasa: RM600 (1 Fasa meliputi 3 bulan).
  • Jumlah Keseluruhan: RM2,400 Setahun.

Jadual Tarikh Pembayaran Bantuan SYUKUR 2026

Penyaluran bantuan dilaksanakan secara berperingkat atau empat fasa sepanjang tahun. Berikut adalah struktur fasa pembayaran am bagi tahun 2026:

FasaTarikh Fasa Bantuan (2026)
Fasa 1Januari sehingga Mac
Fasa 2April sehingga Jun
Fasa 3Julai sehingga September
Fasa 4Oktober sehingga DIsember

Nota: Tarikh pengkreditan yang tepat akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Permohonan Sentuhan Kasih Rakyat SYUKUR 2026

Kepada sesiapa yang melepasi syarat kelayakan tetapi belum pernah menerima dan memohon bantuan SYUKUR pada tahun sebelumnya, pendaftaran baharu boleh dilakukan menerusi sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS). Berikut adalah langkah-langkah memohon:

  1. Layari portal rasmi PADANS di https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Pada paparan menu utama, klik pada pautan Permohonan Baharu SKR.
  3. Isi maklumat seperti nama, nombor MyKad, emel yang sah, dan nombor telefon bimbit.
  4. Lakukan semakan di dalam peti masuk (inbox) atau peti spam emel anda untuk Pengesahan & Pengaktifan Akaun.
  5. Selepas akaun diaktifkan, log masuk semula ke dalam portal PADANS.
  6. Lengkapkan Borang Permohonan dalam talian. Pastikan setiap ruang yang bertanda asterik merah (*) diisi dengan maklumat yang sahih.
  7. Muat naik dokumen sokongan (jika diminta) dan klik butang Hantar.
  8. Simpan salinan pengesahan pendaftaran sebagai rujukan permohonan anda.

Bagi mereka yang tinggal di pedalaman dan tidak mempunyai akses internet, anda boleh hadir ke pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Pejabat Daerah, atau merujuk kepada Ketua Kampung/JKKK masing-masing agar permohonan dapat dipanjangkan kepada Pegawai Profiler MySMJ Daerah.

Cara Semak Status Kelayakan Bantuan SYUKUR 2026

Kerajaan Negeri menyediakan tiga saluran digital yang rasmi untuk proses semakan tanpa perlu bersesak di kaunter.

1. Portal Rasmi SYUKUR

  • Layari portal rasmi di pautan: https://syukur.sabah.gov.my/
  • Masukkan Nombor MyKad (12 digit) di ruang yang disediakan.
  • Klik pada butang Semak.
  • Paparan status permohonan dan kelulusan akan ditunjukkan.

2. Aplikasi Telefon Pintar YONO

Rakyat Sabah digalakkan memuat turun aplikasi kewangan mudah alih rasmi, YONO Superapp. Anda boleh menyemak status permohonan dan tarikh pembayaran SYUKUR di dalam aplikasi ini, ia juga berfungsi sebagai e-Dompet (e-Wallet) rasmi yang diiktiraf kerajaan negeri Sabah.

3. Semakan Melalui PADANS

Status pendaftaran dan maklumat profil pemohon juga boleh dilihat dan dikemas kini terus dengan melog masuk ke akaun pengguna di portal PADANS (https://padans.sabah.gov.my/).

Kaedah Penyaluran & Pembayaran Kepada Penerima

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat SYUKUR 2026 menawarkan kaedah pembayaran yang fleksibel:

  • Pindahan Terus Ke Akaun Bank: Dana disalurkan terus (bank-in) ke dalam akaun bank tempatan (seperti BSN, Maybank, CIMB, Agrobank) yang didaftarkan sewaktu proses permohonan.
  • Dompet Digital (YONO e-Wallet): Alternatif moden tanpa tunai, di mana pemindahan wang dikreditkan terus kepada peranti mudah alih penerima yang menggunakan Superapp YONO.
  • Tunai di Kaunter (Secara Berpusat): Bagi golongan yang tidak memiliki sebarang akaun perbankan atau berhadapan masalah logistik sistem perbankan di kawasan pedalaman, bayaran secara tunai akan dilaksanakan di lokasi-lokasi pusat yang diumumkan oleh Pejabat Daerah dari semasa ke semasa.

Penerima akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan setiap kali pembayaran bantuan berjaya dikreditkan.

Maklumat Lanjut & Talian Bantuan Rasmi SYUKUR 2026

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengakses sistem PADANS, atau memerlukan bantuan lanjut berkenaan kemas kini nombor akaun bank serta rayuan, anda boleh menghubungi saluran di bawah:

  • Talian Hotline Rasmi SYUKUR: 088 – 338 338
  • Talian Bantuan WhatsApp: 010 – 582 8207
  • Alamat Emel Rasmi: sentuhankasih@sabah.gov.my

Rujukan Fizikal: Sila hadir ke Pejabat MySMJ Profiler Daerah di kawasan anda.

Leave a Comment