Semak tarikh bayaran fasa 3 STR 2025 sekarang, semakan boleh dilakukan secara online tanpa hadir ke pejabat LHDN.
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Ogos 2025.
Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Matlamat utama STR adalah untuk memberikan sokongan kepada golongan yang layak melalui bantuan kewangan secara langsung. Ini membolehkan rakyat Malaysia menampung perbelanjaan harian, serta membina kehidupan yang stabil.
baca juga: STR Fasa 3 2025: Semak Senarai Layak dan Jumlah Lulus Bayaran
Isi Kandungan
Tarikh Bayaran Fasa 3 STR 2025
Tarikh bayaran Fasa 3 STR tahun 2025 mengikut jadual yang dilekuarkan oleh menteri kewangan adalah pada bulan Ogos ini dan bayaran disalurkan secara berperingkat selama seminggu hingga 2 minggu.
Fasa | Tarikh Bayaran |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
Nota: Tarikh sebenar akan dikemas kini selepas pengumuman rasmi kerajaan.
Cara Semak Status Bayaran STR Fasa 3 2025
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan 12 digit nombor Kad pengenalan dan tekan log masuk.
- sahkan kata kunci anda.
- Masukkan Kata laluan yang didaftarkan.
- Jika berjaya, anda akan dimasukkan pada halaman utama
- klik pada semakan permohonan.
- Status permohonan semasa dan status bayaran akan dipaparkan.
Jumlah Bayaran Fasa 3 STR 2025
Jumlah rasmi bayaran STR Fasa 3 belum dimaklumkan.
Berikut adalah makluman terkini daripada LHDN mengenai pembayaran fasa 3 str tahun 2025:

Kaedah Agihan STR Fasa 3 2025
terdapat 2 kaedah pembayaran STR, secara tunai atau terus kredit kedalam bank akaun, perincian kaedah pembayaran STR adalah seperti jadual dibawah:
Kaedah | Perincian |
Kredit kedalam akaun bank pemohon atau pasangan pemohon | Bayaran dikreditkan terus kedalam akaun pemohon atau pasangan pemohon mengikut maklumat pembayaran semasa proses permohonan. |
Tunai Dikaunter BSN | Untuk penerima yang : 1. Tiada akaun bank. 2. Bayaran gagal kredit kedalam akaun pemohon. |
Jumlah Keseluruhan Bayaran STR 2025
Gaji isi rumah dibawah RM2500.
Bilangan Anak | |
---|---|
0 | RM1,000 |
1-2 | RM1,500 |
3-4 | RM2,000 |
≥5 | RM2,500 |
Gaji isi rumah diantara RM2500-RM5000.
Bilangan Anak | |
---|---|
0 | RM500 |
1-2 | RM750 |
3-4 | RM1,000 |
≥5 | RM1,250 |
Warga Emas gaji RM500 kebawah atau Bujang gaji RM2500 kebawah.
Kategori | Jumlah |
---|---|
Warga Emas / Bujang / Tiada Pasangan | RM600 |
Maklumat Lanjut Bayaran STR Fasa 3 2025
Sebarang Maklumat Lanjut sila berhubung terus dengan Pihak LHDN:
- Hotline BKK hasil: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00pagi-5:00 petang)
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
- Email: str@treasury.gov.my
Alamat: Sekretariat STR,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592,
Putrajaya.
Penafian
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai jadual bayaran STR fasa 3 2025 dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.
Soalan Lazim
Adakah tarikh bayaran berbeza mengikut bank penerima?
Ya, tarikh bayaran boleh berbeza mengikut bank. Biasanya, bank seperti BSN, Maybank, Bank Islam akan menerima bayaran lebih awal berbanding bank lain.
Bagaimana jika saya tidak menerima bayaran pada hari pertama?
Jangan risau. Proses pengkreditan dibuat secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari. Sila semak akaun bank anda dalam masa 3–5 hari bekerja.