Tarikh bayaran STR Fasa 3 tahun 2025 akan diberikan tidak lama lagi, ini merupakan bukti bahawa kerajaan sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat dalam meneruskan kelansungan hidup.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri Malaysia telah meningkatkan pembahagian bantuan sumbangan tunai rahmah pada tahun 2025 dan mengagihkan kepada rakyat Malaysia secara berfasa agar rakyat dapat menikmati bantuan sepanjang tahun.
Tidak kurang daripada itu, bantuan tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga diberikan sebagai bantuan tambahan setiap bulan kepada golongan Miskin tegar dan golongan miskin lulus STR.
Justeru, kami akan memberikan tarikh bayaran STR Fasa 3 2025 (rasmi) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan agar anda semua tidak terlepas pandang mengenai bantuan yang disampaikan.
Baca juga: Cara Semak Kelayakan Bantuan MyKasih RM2,100 Tahun 2025 – Adakah Anda Layak?
Isi Kandungan
Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2025
Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian kewangan, Tarikh bayaran STR Fasa 3 pada tahun 2025 akan diedarkan pada awal bulan Ogos. Tarikh yang tepat akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat oleh pihak kerajaan.
Lebih menarik, mengikut statistik pihak kerajaan gemar memberikan berita baik kepada rakyat Malaysia dengan menyalurkan bantuan seawal 2-3 minggu, mengikut jangkaan awal, tarikh bayaran STR Fasa 3 akan diagihkan pada hujung bulan julai sehingga awal bulan ogos tahun 2025.
Kami akan sentiasa memberikan maklumat yang terkini kepada anda agar tidak terlepas bantuan kerajaan yang disediakan melalui channel whatsapp rasmi di pautan : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
Senarai Penerima Bantuan STR Fasa 3 2025
Senarai Penerima layak bantuan STR Fasa 3 boleh disemak melalui laman web rasmi STR dipautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login. Ikut langkah dibawah untuk menyemak kelayakan anda:
- Masukkan 12 digit nombor Kad pengenalan.
- sahkan kata kunci anda.
- Masukkan Kata laluan yang didaftarkan.
- Jika berjaya, anda akan dimasukkan pada halaman utama
- klik pada semakan permohonan.
- Status permohonan semasa akan dipaparkan.
Kemaskini Permohonan STR Fasa 3 2025
Sila kemaskini permohonan STR Fasa 3 sekiranya ada maklumat terbaru seperti status perkahwinan, alamat semasa, nombor telefon dan sebagainya atau 3 tahun berturut turut belum membuat kemaskini perlu mengemaskini permohonan.
Kemaskini permohonan STR boleh dilakukan dalam laman web diatas. Selepas berjaya log masuk kedalam akaun anda, pilih “kemaskini permohonan” yang terdapat pada paparan utama.
Jumlah Bayaran Mengikut Kategori
Mengikut data yang dikeluarkan oleh pihak LHDN, Jumlah bayaran untuk fasa 3 akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat, berikut adalah data semasa yang diberikan oleh pihak LHDN.

Jumlah anggaran bayaran Fasa 3 seperti jadual dibawah mengikut data pada tahun sebelum 2025.
Kategori Penerima | Pendapatan Isi Rumah | Jumlah (Anggaran) |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | < RM2,500 | RM300 – RM500 |
Isi Rumah M40 | RM2,501 – RM5,000 | RM100 – RM300 |
Bujang | < RM2,500 | RM100 – RM150 |
Warga Emas | Tiada pasangan | RM200 – RM300 |
Nota: Jumlah sebenar akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari pihak kementerian kewangan.
Kami akan mengemaskini tarikh bayaran STR Fasa 3 2025 di channel rasmi whatsapp Bantuan Terkini .
Syarat Kelayakan Bantuan STR Fasa 3 2025
Isi Rumah
Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MYKAS)
Anak
- Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja.
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
- 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS)
Warga Emas Bujang Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Bujang
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
Tarikh bayaran STR fasa 3 akan diumumkan tidak lama lagi, jangan terlepas info terkini bantuan kerajaan : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
Kaedah Pembayaran STR Fasa 3 2025

- Pemohon yang mengemaskini akaun bank didalam laman web rasmi STR akan mendapat tunai secara terus kedalam akaun bank masing-masing.
- pemohon yang tidak mempunyai akaun bank perlu menghadirkan diri ke cawangan BSN berhampiran untuk mengambil Tunai.
Soalan Lazim Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2025
Siapakah yang layak menerima STR 2025?
Hanya yang permohonannya lulus dan lepas semakan kelayakan saja yang boleh dapat bayaran STR 2025.
Berapa jumlah bayaran STR 2025 yang saya akan dapat?
Jumlah bayaran ikut kelayakan permohonan dan akan dibayar ikut fasa. Setiap kategori akan dapat jumlah berbeza ikut fasa masing-masing.
Bagaimana jika akaun bank saya belum aktif atau tiada?
Jika tiada akaun atau kredit gagal, anda boleh tuntut tunai di cawangan BSN terdekat selepas pengumuman bayaran.
Bila tepatnya tarikh bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan?
Tarikh rasmi masih belum diumumkan, tetapi berdasarkan corak tahun lepas, pembayaran Fasa 3 dijangka dijalankan pada Akhir Julai hingga awal Ogos 2025. Rujuk portal rasmi STR untuk pengumuman terkini.
Penafian
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai tarikh bayaran STR fasa 3 2025 dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.