Tarikh Bayaran SYUKUR 2026 kini menjadi carian hangat rakyat Sabah yang layak menerima bantuan di bawah program Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR). Inisiatif oleh Kerajaan Negeri Sabah ini telah berjaya meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar dengan bantuan kewangan berperingkat sepanjang tahun lepas 2025 dan diteruskan pada tahun 2026.
Program ini diteruskan pada tahun 2026 berdasarkan kejayaan pelaksanaannya pada tahun 2025 dengan jumlah penerima diperluas dan struktur pembayaran dibentuk secara fasa. Dalam artikel ini, anda akan mendapatkan maklumat terkini tarikh bayaran syukur 2026, struktur bantuan, syarat kelayakan rasmi, serta cara semakan melalui saluran rasmi kerajaan negeri.
Baca juga: Semakan Bantuan Bulanan JKM 2026: BWE, EPOKU, BKK, BPT, BTB, BAP
Isi Kandungan
Apakah Program SYUKUR Sabah 2026?

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) ialah satu inisiatif kebajikan oleh Kerajaan Negeri Sabah yang disasarkan kepada rakyat Sabah yang tergolong dalam golongan miskin dan miskin tegar. Program ini bertujuan:
- Meringankan beban kos sara hidup seperti makanan dan keperluan asas;
- Memberi sokongan kewangan berkala sepanjang tahun;
- Menyokong kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Bantuan ini dikendalikan secara berfasa sepanjang tahun dan disalurkan melalui sistem rasmi kerajaan negeri Sabah seperti portal SYUKUR (syukur.sabah.gov.my) dan Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Struktur & Tarikh Bayaran SYUKUR 2026
Untuk tahun 2026, bantuan SYUKUR dijangka disalurkan secara 4 fasa bantuan bersasar, dan jumlah bantuan setiap fasa adalah seperti berikut:
| Fasa | Tempoh Bantuan / Bulan | Jumlah Bayaran (RM) |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Mac | RM600 |
| Fasa 2 | April – Jun | RM600 |
| Fasa 3 | Julai – September | RM600 |
| Fasa 4 | Oktober – Disember | RM600 |
Nota penting: Tarikh tepat setiap fasa bayaran belum lagi diumumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri Sabah pada masa artikel ini disediakan. kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa apabila terdapat info rasmi dari pihak kerajaan negeri Sabah.
Cara Semakan Status & Bayaran SYUKUR Sabah 2026
Untuk memastikan anda mendapat maklumat yang paling tepat dan terkini mengenai status kelayakan serta tarikh bayaran SYUKUR 2026, gunakan panduan rasmi berikut:
1. Laman Web Portal SYUKUR Sabah (Rasmi): https://syukur.sabah.gov.my/
- Masukkan nombor MyKad anda tanpa sengkang;
- Tekan semakan untuk melihat status kelayakan dan maklumat pembayaran.
2. Portal PADANS Sabah (Permohonan / Semakan): https://padans.sabah.gov.my/
- Klik pada bahagian Semakan Permohonan;
- Masukkan maklumat yang diperlukan untuk semakan.
Tip: Pastikan data di sistem eKasih / PADANS anda adalah terkini untuk memastikan bayaran disalurkan tanpa gangguan.
Syarat Kelayakan Bantuan SYUKUR 2026
Sebelum memohon atau membuat semakan, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan berikut seperti ditetapkan oleh kerajaan negeri Sabah:
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya 12 bulan
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai miskin atau miskin tegar dalam data eKasih / PADANS
- Berumur 18 tahun ke atas
- Memegang MyKad dengan status Sabah (“H”)
Nota: Tidak semua rakyat B40 secara automatik layak. Data pendapatan dan status sosial dalam eKasih / PADANS menentukan kelayakan rasmi
Semakan Tarikh Bayaran Syukur 2026
Untuk membuat semakan status bayaran SYUKUR 2026:
- Pergi ke portal rasmi SYUKUR Sabah;
- Masukkan MyKad anda untuk melihat jika anda layak;
- Semak maklumat bayaran di portal semakan bayaran.
Untuk permohonan / kemaskini jika belum daftar:
- Log masuk ke PADANS;
- Lengkap maklumat peribadi dan akaun bank;
- Hantar permohonan baharu atau kemaskini untuk tindakan kerajaan negeri.
