Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025 (Jadual Penuh Tahun 2025)

Setiap bulan, Seluruh pekerja khususnya pekerja kerajaan ingin mengetahui tarikh gaji penjawat awam 2025, info ini sangat penting bagi penjawat awam untuk mengurus perbelanjaan harian dan memudahkan pengurusan komitmen seperti bayaran pinjaman, bil utiliti dan keperluan keluarga.

Pada setiap tahun. Susunan tarikh gaji akan ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, berikut disertakan maklumat yang lengkap tarikh gaji penjawat awam bagi tahun 2025.

Baca juga: Tarikh STR 2025: Jadual Bayaran Fasa 1, 2, 3 & 4

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

Senarai lengkap tarikh gaji penjawat awam 2025 seperti yang diumumkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) seperti jadual dibawah. Tarikh ini termasuk pembayaran awal sekiranya jatuh pada cuti umum atau hujung minggu.

  • Januari: 22.1.2025 (Rabu)
  • Februari: 25.2.2025 (Selasa)
  • Mac: 24.3.2025 (Isnin)
  • April: 24.4.2025 (Isnin)
  • Mei: 22.5.2025 (Khamis)
  • Jun: 25.6.2025 (Rabu)
  • Julai: 24.7.2025 (Khamis)
  • Ogos: 25.8.2025 (Isnin)
  • September: 25.9.2025 (Khamis)
  • Oktober: 16.10.2025 (Khamis)
  • November: 20.11.2025 (Khamis)
  • Disember: 18.12.2025 (Khamis)
tarikh gaji penjawat awam 2025

Tarikh Gaji Penjawat Awam Sempena Perayaan & Cuti Umum 2025

Pada setiap tahun, terdapat beberapa bulan dimana tarikh gaji penjawat awam akan diawalkan bagi memberikan kemudahan kepada kakitangna kerajaan untuk membuat persiapan menyambut perayaan atau menghadapi cuti umum dan cuti panjang.

Pembayaran gaji lebih awal pada tahun 2025 sempena perayaan dan cuti umum adalah seperti berikut:

  • Januari 2025: Gaji pada 24 Januari 2025 bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada 29 dan 30 Januari.
  • Mei 2025: Gaji pada 23 Mei 2025 bagi memberi ruang kepada persiapan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 29 dan 30 Mei.
  • Oktober 2025Gaji pada 24 Oktober 2025 bersempena perayaan Deepavali yang disambut pada 27 Oktober.
  • Disember 2025Dibayar pada 18 Disember 2025 bagi persediaan menyambut Krismas pada 25 Disember dan tahun baharu 2026.

Pembayaran Bonus & Bantuan Khas Penjawat Awam 2025

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2024 hanya merangkumi tarikh emolumen bulanan dan tidak menyentuh secara khusus mengenai bonus tahunan atau bantuan khas kewangan bagi tahun 2025.

Sehubungan itu, walaupun jadual gaji bulanan telah diumumkan secara rasmi oleh JANM, tiada maklumat terkini mengenai bonus atau bantuan khas dalam dokumen tersebut.

untuk mendapatkan pengesahan lanjut bonus tahunan penjawat awam. Kakitangan kerajaan disarankan untuk merujuk kepada:

  • Jabatan Akauntan Negara malaysia (JANM) melalui portal rasmi : https://www.anm.gov.my/utama,
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya ada pengumuman terbaru mengenai bonus tahunan atau bantuan khas bagi penjawat awam di tahun 2025.

Nota Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

  • Tarikh gaji penjawat awam 2025 (Government) sektor awam dibayar sebulan sekali.
  • Tarikh gaji penjawat awam 2025 masih tertakluk pada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Sekiranya terdapat perubahan jadual / tarikh pembayaran gaji penjawat awam kerajaan, akan dikemaskini dengan kadar segera.
  • Paparan jadual pembayaran diatas adalah merangkumi satu tarikh gaji penjawat awam atau kakitangan awam 2025 semua kementerian / jabatan persekutuan untuk seluruh negeri.

Tips Urus Kewangan Mengikut Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

Bagi penjawat awam, berikut adalah beberapa tips praktikal yang boleh menjadi rujukan sebagai panduan mengurus kewangan dengan lebih terancang.

  1. Buat bajet bulanan tetap: senaraikan peerbelanjaan wajib setiap bulan seperti sewa rumah, bil utiliti, kenderaan dan simpanan. Pastikan ia dibayar sejurus mendapat gaji.
  2. Asingkan akaun simpanan secara automatik: gunakan kemudahan potongan gaji untuk menyimpan sebahagian pendapatan sebelum berbelanja.
  3. Rancang perbelanjaan musim perayaan: Kenalpasti maklumat tarikh gaji penjawat awam 2025 bagi persediaan awal sekaligus mengelakkan perbelanjaan secara mendadak.
  4. Elakkan hutang tidak perlu: Hadkan penggunaan kad kredit dan pembiayaan peribadi kecuali tujuan mendesak.
  5. Pantau aliran tunai: Manfaatkan aplikasi kewangan untuk memantau perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan.

Maklumat Lanjut Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

Sebarang maklumat lanjut tarikh gaji penjawat awam 2025 boleh dibuat melalui sumber berikut:

Perancangan Lebih Baik Dengan Jadual Gaji Penjawat Awam 2025

Tarikh gaji penjawat awam 2025 yang disediakan perlu dimanfaatkan untuk merancang perbelanjaan, menguruskan komitmen bulanan, membuat persediaan semperna musim perayaan dan mengelakkan tekanan kewangan pada saat-saat akhir.

Sebagai langkah bijak, Simpan atau Bookmark jadual ini untuk rujukan sepanjang tahun. Sentiasa peka dengan pengumuman rasmi daripada JANM atau Kementerian Kewangan Malaysia untuk sebarang perubahan atau pengumuman tambahan seperti bonus atau bantuan khas. Perancangan awak adakah kunci kepada kestabilan kewangan dan ketenangan fikiran.

Penafian

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai tarikh gaji penjawat awam 2025 dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment