Bantuan MyKad 2025: Cara Mudah Semak Kelayakan dan Tebus di Pasar Raya Terpilih

Bantuan MyKad 2025 kini mula dikreditkan kepada golongan B40 dan penerima STR terpilih. Tanpa perlu mohon apa-apa, bantuan ini dimasukkan terus ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan asas di pasar raya terlibat.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang bertujuan meringankan beban sara hidup rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Baca juga : Terkini!! : Jumlah Bayaran STR Fasa 3 2025 Telah Diumumkan

Apa Itu Bantuan MyKad 2025?

Bantuan ini adalah bentuk bantuan tanpa tunai di mana sejumlah wang dimasukkan terus ke dalam sistem MyKad penerima. Ia boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas, ubat-ubatan, dan barang persekolahan di kedai atau pasar raya yang berdaftar dalam program MyKasih / SARA 2025.

Jangan Terlepas Info Bantuan Terkini. Join Channel Whatsapp Sekarang https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y

Syarat Kelayakan Bantuan Mykad 2025

Bantuan ini diberikan secara automatik kepada individu yang:

  • Tersenarai sebagai penerima STR 2025
  • Tersenarai dalam sistem eKasih sebagai miskin atau miskin tegar
  • Bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan rendah
  • Warga emas tanpa pasangan yang tinggal seorang

Cara Menyemak Bantuan Mykad 2025

Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:

  1. Surat Pemakluman
    • Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
      .
  2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
    • Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
    • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
      .
  3. Semakan terus melalui portal rasmi
  4. Menghubungi
    • Semakan kelayakan SARA
      • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
      • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • Semakan pelaksanaan SARA
      • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800

Cara Menggunakan Bantuan Mykad 2025

6 Langkah Pembelian Barang Keperluan SARA di kedai Seperti Berikut :

  1. Pilih barang keperluan:
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin:
    Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  4. Imbas Kod Barangan:
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad:
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan:
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Senarai Kedai Berdaftar Dengan MyKasih

Senarai kedai runcit dan pasaraya pembelian SARA boleh disemka melalui pautan yang berikut : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

Masukkan Nama Bandar, Negeri seterusnya tekan butang Cari.

Maklumat Lanjut Bantuan Terkini Mykad

Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke pihak My Kasih yang Beralamat di :

MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.


Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
info@mykasih.com

Soalan Lazim Bantuan Mykad 2025

Perlu ke tambah duit sekiranya terlebih barang?

ya anda perlu menambah sejumlah duit sekiranya baki SARA anda tidak mencukupi.

Boleh Tak Kalau Tidak Pakai Pada Bulan ini?

Boleh, baki elaun akan dibawa ke bulan hadapan sehingga disember.

Bilakah Tarikh Luput Bantuan Mykad?

Hujung Tahun.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment