Senarai barang lulus MyKasih menjadi panduan utama kepada penerima bantuan untuk memudahkan pembelian barangan keperluan asas. Kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat, dan melalui inisiatif Program MyKasih, akses kepada barangan asas kini diperluaskan ke lebih banyak kedai runcit dan pasar raya di seluruh negara bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan.
Dengan sistem pembayaran tanpa tunai yang lebih cekap dan telus, penerima MyKasih kini boleh berbelanja dengan lebih teratur. Langkah ini bukan sahaja memudahkan proses pembelian, malah turut menyokong perniagaan tempatan memperkukuh ekonomi setempat.
Isi Kandungan
Baca juga: Sumbangan Tunai Rahmah Semakan Tarikh Bayaran Terkini 2025
Apa itu Mykasih
MyKasih ialah program bantuan tambahan STR oleh kerajaan Malaysia dan Yayasan MyKasih yang membantu golongan B40 dan miskin tegar dalam sistem eKasih. Bantuan disalurkan secara tanpa tunai ke MyKad penerima untuk membeli barangan asas seperti makanan, ubat, dan keperluan harian di kedai yang diluluskan.
Aplikasi Mykasih
Aplikasi MyKasih ialah aplikasi mudah alih rasmi yang dibangunkan untuk membantu penerima bantuan Mykasih mengurus bantuan dengan lebih mudah. Pengguna boleh menyemak baki bantuan, melihat sejarah transaksi, dan menyemak senarai barang lulus mykasih yang dibenarkan untuk pembelian.
Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari kedai runcit terdekat yang menerima MyKasih dan memastikan pembelian hanya melibatkan barangan yang diluluskan. Ia boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store, dan diakses menggunakan nombor MyKad untuk keselamatan.
Muat turun applikasi Mykasih : https://mykasih.com.my/mykasih-app/
Senarai Barang Lulus Mykasih 2025

Untuk memudahkan penerima bantuan MyKasih, berikut adalah 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian melalui Program MyKasih:
beras, minyak masak, telur, biskut, minuman, makanan dalam tin, produk kebersihan, ubat-ubatan asas, roti, tepung, mi segera, bahan perasa, bahan kebersihan rumah, dan barangan sekolah.
Pastikan menyemak senarai barangan dan jenama yang dibenarkan di kedai runcit dan pasar raya terpilih sebelum membuat pembelian untuk memastikan bantuan digunakan dengan betul dan tanpa sebarang masalah di kaunter pembayaran.
Gunakan aplikasi MyKasih atau rujuk label khas “SARA MyKasih” di rak barangan untuk panduan yang lebih mudah dan cepat.
Senarai Barang Lulus Mykasih Mengikut Jenama 2025
Berikut adalah jenama barang lulus mykasih bagi tahun 2025:
- Beras: Jasmine, Jati, Cap Rambutan, Saga, Bernas, Faiza
- Minyak Masak: Seri Murni, Saji, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife
- Telur: Nutriplus, QL Eggs, CP
- Biskut: Munchy’s, Julie’s Kerk, Tiger, Kraft Foods, Chips More, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng
- Minuman: Boh, Dutch Lady, Milo, Fernleaf, Nescafe, F&N, Horlicks, Quaker, Marigold, Vico
- Ubat-Ubatan Asas: Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
- Barangan Sekolah: Stabilo, Staedtler, Bata, Faber Castell, Canggih
- Makanan Dalam Tin: TC Boy, Adabi, Kimball, Yeos, Ayam Brand, King Cup
- Roti: Massimo, Gardenia, Mighty White
- Tepung: Blue Key, Faiza, Cap Ros, Cap Lili, Cap Sauh
- Mi Segera: Indo Mie, MAMEE, Mie Sedaap, EKA, Maggi, Cintan
- Bahan Perasa: Puteri, Kimball, Maggi, CSR, Tamin, Life, Jalen, Faiza, Planta
- Produk Kebersihan: Colgate, Kotex, Dettol
Langkah Menggunakan Bantuan Mykasih Untuk Beli Barang
- Pilih barang keperluan:
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. - Tukar Nombor Pin:
Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu. - Imbas Kod Barangan:
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad:
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan:
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Cara Semak Baki Bantuan Mykasih Selepas Membeli Barang

Baki bantuan mykasih boleh disemak melalui aplikasi Mykasih, laman web semakan status Mykasih, atau dari resit pembelian.
Maklumat Lanjut Senarai Barang Lulus Mykasih
Untuk mendapatkan maklumat bantuan terkini yang lengkap mengenai senarai barang lulus mykasih, rujuk pada pautan dibawah.
Sumber: Mykasih
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.