Daftar Bantuan Warga Emas JKM & Layak Bantuan RM600 Sebulan

Bantuan warga emas JKM merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan golongan berusia 60 tahun ke atas terus mendapat sokongan sewajarnya. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan ini diharap dapat membantu warga emas menjalani kehidupan yang lebih selesa dan teratur, terutamanya bagi mereka yang tiada pendapatan tetap atau sokongan keluarga.

Ramai yang masih belum tahu bahawa warga emas yang layak boleh menerima bantuan sehingga RM600 sebulan melalui permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Proses pendaftaran tidaklah terlalu rumit, asalkan semua dokumen lengkap dan syarat dipenuhi. Rujuk Cara daftar bantuan warga emas JKM dibawah.

Baca juga: Cara daftar Mykasih Online Bantuan Sehingga RM200 Sebulan

join Channel WhatsApp kami secara percuma dan jadi antara yang terawal dapat info Bantuan Kerajaan : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y

Apa itu Bantuan Warga Emas JKM

bantuan warga emas jkm

Bantuan Warga Emas JKM ialah bantuan kewangan bulanan yang disalurkan oleh JKM kepada warga emas yang layak. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk memastikan golongan warga emas dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa, bermaruah dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan masyarakat.

Syarat Layak Bantuan Warga Emas JKM

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 60 tahun ke atas.
  • Tidak tinggal di rumah kebajikan atau pusat jagaan yang dibiayai JKM.
  • Pendapatan isi rumah di bawah paras miskin.
  • Tiada pendapatan tetap atau sokongan keluarga yang mencukupi.

Cara Mohon Bantuan Warga Emas JKM

Berikut adalah cara untuk memohon Bantuan Warga Emas JKM:

  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi JKM di eBantuan JKM.
  2. Setelah permohonan dihantar secara online, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dalam tempoh 14 hari untuk pengesahan dokumen.
  3. Dokumen yang perlu dibawa termasuk:
    • Salinan kad pengenalan pemohon
    • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan
    • Bil utiliti (air/elektrik) sebagai bukti alamat
    • Dokumen sokongan lain jika berkaitan (contoh: sijil kematian pasangan, surat cerai, dll.)

Permohonan yang tidak disahkan dalam tempoh 14 hari akan dibatalkan secara automatik oleh sistem.

Cara Semak Kelayakan Bantuan Warga Emas

  1. Layari laman web rasmi eBantuan JKM di: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
  2. Klik pada menu “Semakan Status Permohonan”.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
  4. Klik butang “Semak”.
  5. Status permohonan atau bantuan yang sedang diterima akan dipaparkan.

Semak Status Bayaran Melalui eMaklum JKM

  1. Layari laman web rasmi eMaklum: https://emaklum.anm.gov.my
  2. Klik pada “Carian Dokumen”.
  3. Masukkan maklumat berikut: Nombor Kad Pengenalan: Masukkan nombor IC anda tanpa sengkang (contoh: 950527025140).
  4. Jenis Carian: Pilih salah satu daripada berikut:
    • No. Akaun Bank
    • No. Rujukan Bayaran
    • No. Invois
  5. Maklumat Carian: Masukkan nombor yang berkaitan berdasarkan jenis carian yang dipilih.
  6. Tarikh Carian: Pilih julat tarikh yang relevan dengan bayaran yang ingin disemak.
  7. Klik butang “Cari”.
  8. Semak hasil carian sepeti gambar dibawah:
emaklum bantuan warga emas jkm 2025

Jadual Bayaran Bantuan Warga Emas 2025

Jadual dibawah menunjukkan tarikh bayaran bantuan warga emas setiap bulan bagi tahun 2025.

BulanJumlah Bantuan (RM)Tarikh Bayaran
Januari6001-10 Januari 2025
Februari6001-10 Februari 2025
Mac6001-10 Mac 2025
April6001-10 April 2025
Mei6001-10 Mei 2025
Jun6001-10 Jun 2025
Julai6001-10 Julai 2025
Ogos6001-10 Ogos 2025
September6001-10 September 2025
Oktober6001-10 Oktober 2025
November6001-10 November 2025
Disember6001-10 Disember 2025

Borang Permohonan Bantuan Warga Emas

Borang permohonan Bantuan Warga Emas JKM boleh didapati secara terus di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran, atau boleh juga dimuat turun melalui portal rasmi JKM di https://www.jkm.gov.my. Pemohon hanya perlu isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan sebelum dihantar untuk proses semakan dan kelulusan.

Maklumat Lanjut Bantuan Warga Emas

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Bantuan Warga Emas JKM, anda boleh terus menghubungi atau mengunjungi Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri masing-masing. Senarai penuh alamat dan nombor telefon pejabat JKM seluruh Malaysia boleh didapati melalui portal rasmi JKM di pautan berikut:

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment