YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2025 telah mengumumkan Bantuan Yuran Pembelajaran: Subsidi Yuran Kanak-Kanak Autisme yang akan memanfaatkan sekitar 30,000 anak autisme dengan peruntukan sejumlah RM15 juta.
Semak Sekarang Cara permohonan bantuansubsidi yuran Kanak-Kanak Autisme 2025.
Isi Kandungan
Baca Juga: Semak Bantuan SARA 2025: Kelayakan RM600, RM1200 & RM2100
Apa itu Bantuan Subsidi Yuran Kanak-Kanak Autisme

Pemberian Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme merupakan pemberian bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan secara sekaligus (one-off) kepada kanak-kanak autisme yang dihantar ke pusat yang memberikan perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal (EIP) kepada kanak-kanak autisme.
Hikmah pemberian subsidi ini agar Meringankan beban ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak autisme untuk mendapatkan peluang pembelajaran di pusat pembelajaran autisme yang bertauliah.
Jumlah Bantuan Subsidi Yuran Kanak-Kanak Autisme 2025
Kadar maksimum subsidi yuran pembelajaran kanak-kanak autisme adalah sebanyak RM500.00 bagi seorang kanak-kanak yang layak.
Cara Pembayaran Bantuan Subsidi Yuran Kanak-Kanak Autisme
Subsidi yuran pembelajaran kanak-kanak autisme akan dibayar secara sekaligus (one off) dalam tahun semasa.
Syarat Kelayakan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme

Syarat utama yang menjadi asas pertimbangan pemberian Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme iaitu
1. Kanak-Kanak
- Warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 18 tahun
- Mempunyai Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Mengikuti terapi atau Program Intervensi Awal (EIP) di pusat pembelajaran autisme berdaftar
2. Ibu Bapa/Penjaga
- Warganegara Malaysia
- Penjaga sah:
- Ibu/bapa angkat berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) & Akta Pengangkatan 1952
- Individu atau pasangan dengan perintah mahkamah yang mengesahkan hak penjagaan
- Kebenaran oleh pelindung di bawah Seksyen 35, Akta Kanak-Kanak 2001
- Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM 2000.00 sebulan
Cara Pengiraan Perkapita:
Jumlah pendapatan isi rumah÷Bilangan isi rumahJumlah pendapatan isi rumah÷Bilangan isi rumah
Contoh:

3. Pusat Pembelajaran Autisme
- Pengusaha adalah warganegara Malaysia
- Berdaftar dengan agensi kerajaan/swasta/Badan Berkanun yang bertauliah
- Memberikan perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal (EIP)
- Mempunyai nombor akaun yang aktif atas nama pusat pembelajaran autisme
Cara Memohon Bantuan Subsidi Yuran Kanak-Kanak Autisme 2025

Langkah 1: Dapatkan Borang
- Pengusaha pusat pembelajaran autisme mendapatkan Borang YPA1, YPA2, dan Senarai Semak (Lampiran 1) dari portal JKM atau Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Langkah 2: Edarkan Borang kepada Ibu Bapa/Penjaga
- Pengusaha pusat pembelajaran autisme mengedarkan Borang YPA1 kepada ibu bapa/penjaga untuk dilengkapkan.
Langkah 3: Hantar Borang dan Dokumen Sokongan
- Pengusaha pusat pembelajaran autisme mengemukakan Borang YPA1 dan YPA2 beserta dokumen sokongan kepada JKM WP/PKMD/J/B/C.
Langkah 4: Semakan Permohonan
- JKM WP/PKMD/J/B/C menyemak permohonan dan menyediakan Borang Ringkasan Permohonan (YPA3). Hanya dokumen yang lengkap dan disahkan disenaraikan dalam YPA3.
Langkah 5: Kelulusan Permohonan
- JKM WP/PKMD/J/B/C mengemukakan Borang YPA3 kepada JKMN/WP.
- JKMN/WP membuat kelulusan permohonan dalam Jawatankuasa Kelulusan dan menyediakan senarai pusat pembelajaran autisme yang diluluskan menggunakan Borang Ringkasan Kelulusan (YPA4).
Langkah 6: Penghantaran Borang Kelulusan
- JKMN/WP mengemukakan Borang YPA4 kepada JPOKU, JKMM.
- JPOKU, JKMM mengumpul Borang YPA4 dari JKMN/WP dan mengemukakannya kepada Bahagian Kewangan JKMM untuk agihan peruntukan kepada JKMN.
Langkah 7: Pembayaran
- JKMN/WP membuat bayaran kepada pusat pembelajaran autisme berdasarkan Borang Ringkasan Kelulusan (YPA4).
Nota Penting
- Permohonan terus daripada pengusaha pusat pembelajaran autisme/ibu bapa/penjaga kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat/Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri tidak akan dipertimbangkan.
Tempoh Permohonan Bantuan Yuran Kanak-Kanak Autisme 2025
Tempoh permohonan dari pengusaha Pusat pembelajaran autisme adalah bermula 1 hingga 28 Februari 2025
Maklumat Lanjut Bantuan Yuran Kanak-Kanak Autisme 2025
Semak Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat : Jabatan Kebajikan Masyarakat atau hadir ke pejabat yang beralamat:
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Aduan : pro_jkm@jkm.gov.my
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.