Setiap warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas akan menerima penghargaan SARA bantuan tunai RM100 One-off melalui mykad yang boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
Baca juga: Bantuan OKU RM500 JKM: Permohonan & Semakan Senarai Layak
Isi Kandungan
Penghargaan SARA : Bantuan Tunai RM100
Penghargaan SARA : Bantuan Tunai RM100 ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.
Kelayakan Penghargaan SARA : Bantuan Tunai RM100
Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak secara automatik. Ini juga termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada.
Tiada permohonan diperlukan.
14 Kategori Barangan Yang Diluluskan

kategori yang diluluskan untuk pembelian barangan SARA meliputi 90,000 barangan asas tersedia diseluruh negara, ini termasuklah:
- Beras
- Roti
- Biskut
- Tepung
- Bahan Perasa
- Produk Penjagaan Diri
- Keperluan Sekolah
- Barangan Kebersihan Rumah
- Telur
- Minyak Masak
- Mi Segera
- Minuman
- Makanan Dalam Tin
- Ubat Ubatan yang diluluskan KKM
Langkah-Langkah Membeli Barangan Penghargaan SARA

- Pilih barang keperluan.
- Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad untuk Pengesahan.
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setia[ barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan Mykad
- Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan Mykad untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan.
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Muat Turun Aplikasi Mykasih

Semak baki, senarai barangan & kedai berdekatan melalui aplikasi mykasih:
- Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dialog.mykasih
- App Store : https://apps.apple.com/my/app/mykasih/id6475543947
Ketahui Cara Membelanja dengan MyKad – Tonton Video Panduan!
Semakan Lanjut SARA : Bantuan RM100 One-Off
Semakan lanjut boleh dibuat melalui laman web rasmi SARA di pautan : https://www.sara.gov.my/ .
Anda juga boleh menghubungi Agensi pelaksana iaitu Mykasih Foundation :
- 03 – 7720 1800
- sara@mykasih.com