Terdapat beberapa bantuan OKU yang diberikan oleh pihak JKM dan pihak kebajikan lain sebagai usaha membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan insentif kepada pekerja OKU yang masih mampu bekerja agar terus bekerja, berdikari dan produktif.
Baca juga: Daftar SARA Online : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Login
Isi Kandungan
Pengenalan Kepada Bantuan OKU
orang Kurang Upaya (OKU) adalah individu yang menghadapi kekurangan jangka panjang samada fizikal, mental, intelektual atau deria yang menghalang mereka daripada bergerak atau bertindak sempurna.
Jabatan Kejabikan Masyarakat menjadi wira dengan membuka akses pelbagai bentuk kemudahan dan bantuan termasuk bantuan kewangan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan pelepasan cukai.
Cara Daftar Kad OKU (Pendaftaran OKU)

Berikut langkah permohonan pendaftaran OKU meliputi 3 langkah iaitu lokasi, dokumen dan sistem mydaftar OKU.
a. Lokasi Permohonan
- Permohonan boleh dilakukan secara bersemuka di pejabat JKM negeri atau daerah, klinik/hospital kerajaan, atau pejabat pendidikan khas.
b. Dokumen Diperlukan
- Borang permohonan (BPPOKU Pindaan 2019), dicop dan ditandatangani oleh doktor yang berdaftar dengan MMC atau NSR.
- Salinan MyKad/MyKid dan gambar berukuran pasport.
- Bagi kategori tertentu seperti Autisme, sertakan laporan perubatan atau doktor telah cap diagnosa.
c. Pilihan Lain: Sistem MyDaftar OKU
- MyDaftar OKU, inisiatif KPWKM melalui JKM, memudahkan proses pendaftaran melalui sistem elektronik. Ia berhubung terus kepada pangkalan data SMOKU (Sistem Maklumat OKU) untuk penghantaran yang lebih lancar. Daftar disini : https://oku.jkm.gov.my/myDaftarOku
Semak Status Pendaftaran OKU

Layari portal rasmi JKM: Semakan OKU (SMOKU). Masukkan No. MyKad/MyKid atau No. Pendaftaran OKU untuk semakan status
Bantuan Kewangan & Elaun Berdasarkan Status OKU
Setelah disahkan OKU melalui pihak JKM, beberapa skim bantuan bulanan ditawarkan melalui eBantuan JKM:
Skim | Kelayakan | Kadar Bantuan |
---|---|---|
Elaun Pekerja OKU (EPOKU) | OKU bekerja, pendapatan ≤ RM1,700/bulan | RM450/bulan |
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | OKU yang tidak boleh bekerja, berdasarkan pengesahan perubatan | RM300/bulan |
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik | Penjaga OKU terlantar atau pesakit kronik | RM500/bulan |
Nota: Kelayakan bantuan adalah berdasarkan status OKU dan pendapatan isi rumah. Pemohon perlu memohon melalui portal eBantuan JKM dan hadir ke pejabat JKM dalam tempoh ditetapkan. Dokumen seperti MyKad, Kad OKU/slip, laporan perubatan atau penyata pendapatan diperlukan
Cara Mohon Bantuan OKU & Semak Bantuan
a. Permohonan
- Layari portal rasmi eBantuan JKM, daftar permohonan atas talian, pilih jenis bantuan, dan lengkapkan maklumat peribadi ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Hadir secara fizikal ke pejabat JKM dalam masa 14 hari selepas permohonan dibuat atas talian untuk mengesahkan identiti dan dokumen.
b. Semakan Status
- Semakan boleh dilakukan di portal yang sama atau melalui pautan semak status. Masukkan No. MyKad pemohon untuk mengetahui perkembangan permohonan. Pihak JKM juga kaan menghubungi pemohon yang berjaya.
Maklumat Lanjut Bantuan OKU

Untuk maklumat terkini mengenai pendaftaran dan bantuan OKU, sila layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di www.jkm.gov.my atau hubungi talian hotline JKM di 03-8000 8000. Anda juga boleh hadir ke pejabat JKM berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan permohonan secara terus daripada pegawai bertugas.