Bantuan OKU RM500 JKM merupakan salah satu skim bantuan bulanan OKU yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan penjagaan sepenuh masa.
Program ini dikenali sebagai Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dimana penerima bantuan layak mendapat bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan.
Artikel akan menerangkan secara lengkap cara permohonan bantuan OKU Rm500, syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan, dan kaedah semakan status berdasarkan sumber rasmi JKM.
Baca Juga : Bantuan OKU JKM: Semak Bantuan OKU & Daftar Bantuan OKU, Daftar SARA Online : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Login
Isi Kandungan
Apa Itu Permohonan Bantuan OKU RM500?

Permohonan Bantuan OKU RM500 adalah permohonan rasmi kepada JKM untuk mendapatkan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT).
Skim ini memberi bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500 kepada penjaga yang menguruskan OKU terlantar atau pesakit kronik yang tidak berupaya menguruskan diri sendiri.
Jenis Bantuan RM500 untuk OKU

Selain Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT), pihak JKM juga menyediakan bantuan lain antaranya ialah:
- EPOKU (Elaun Pekerja OKU): RM400 sebulan.
- BTB (Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja): RM300 Sebulan
Namun fokus kita pada kali ini adalah kepada permohonan untuk bantuan RM500.
Syarat Kelayakan Utama Bantuan OKU RM500

Berdasarkan maklumat rasmi JKM, syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Pemohon adalah penjaga kepada OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar.
- Individu OKU mestilah berdaftar dengan JKM dan mempunyai Kad OKU.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
- Bantuan ini diberikan kepada penjaga yang menjaga sepenuh masa dan tidak menerima bantuan penjagaan daripada mana-mana pihak lain.
Cara Permohonan Rasmi Melalui JKM
Terdapat dua kaedah permohonan rasmi melalui JKM:
a) Permohonan Secara Manual (di kaunter JKM)
- Dapatkan Borang JKM 18 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) terdekat.
- Lengkapkan borang dengan maklumat yang tepat dan jelas.
- Sertakan semua dokumen sokongan yang diperlukan.
- Serahkan borang dan dokumen ke PKMD untuk diproses.
b) Permohonan Secara Dalam Talian (eBantuan JKM)
- Layari portal rasmi eBantuan JKM.
- Pilih menu permohonan dan isi maklumat lengkap.
- Hantar permohonan secara dalam talian.
- Penting: Pemohon perlu hadir ke PKMD dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dihantar untuk mengesahkan dokumen. Jika gagal hadir, permohonan akan dibatalkan secara automatik.
Dokumen Yang Diperlukan & Proses Permohonan
Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut semasa permohonan:
- Salinan MyKad pemohon dan penerima bantuan (OKU).
- Salinan Kad OKU JKM atau slip pendaftaran OKU.
- Salinan sijil lahir (jika penerima berumur bawah 12 tahun).
- Surat pengesahan doktor atau laporan perubatan yang mengesahkan keadaan terlantar.
- Salinan bil utiliti (air / elektrik) untuk pengesahan alamat.
- Penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan OKU RM500 JKM
Permohonan Bantuan OKU RM500 adalah peluang penting bagi golongan OKU terlantar atau pesakit kronik untuk mendapatkan bantuan kewangan bulanan daripada JKM. Dengan memenuhi syarat kelayakan dan menyediakan dokumen lengkap, proses permohonan akan berjalan lancar. Bantuan ini adalah satu usaha murni kerajaan bagi memastikan golongan yang memerlukan terus mendapat sokongan berterusan.
Untuk pertanyaan lanjut atau bantuan, pemohon boleh menghubungi:
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Aras 6, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon: 03-8000 8000
Laman Web Rasmi: jkm.gov.my