Mungkin ramai lagi yang tidak tahu cara daftar mykasih online bagi mendapatkan bantuan sehingga Rm200 sebulan. Untuk pengetahuan rakyat malaysia, pihak kerajaan dengan kerjasama Mykasih menyediakan bantuan khas untuk golongan B40 dan miskin tegar sebanyak RM50 – RM200 sebulan untuk membeli barang keperluan asas.
Cara register Mykasih sangat mudah kerana boleh dilakukan secara online menerusi laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah. Data pemohon akan diambil setelah telah berjaya mendaftar STR dan kelayakan dibuat adalah secara automatik berdasarkan data tersebut dalam erti kata lain, Mykasih adalah bantuan tambahan bagi Sumbangan Tunai Rahmah.
Baca Juga: Sumbangan Tunai Rahmah Semakan Tarikh Bayaran Terkini 2025
Isi Kandungan
Cara Daftar Mykasih Online
Cara daftar mykasih online melalui Laman Web Rasmi STR 2025
- Login Sistem STR
- Klik Log Masuk STR → Masukkan 12 digit Mykad → Klik Log Masuk.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan berdasarkan Permohonan STR 2024.
- Daftar Akaun MySTR
- Kata Kunci Keselamatan:
- Format: Huruf dan nombor sahaja (tiada simbol).
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih soalan dan simpan jawapan untuk pengesahan.
- Semak Soalan & Jawapan:
- Klik ‘Teruskan’ jika betul.
- Bina Kata Laluan:
- Syarat sama seperti pendaftaran baru (8 aksara + kombinasi karakter).
- Klik ‘Daftar’.
- Mesej Berjaya:
- “Akaun MySTR berjaya didaftarkan. Klik MySTR untuk log masuk.”
- Kata Kunci Keselamatan:
Cara daftar mykasih online melalui e-Kasih
- Sila hadir dan rujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri.
- Isi borang dan maklumat yang diperlukan.
- Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Semakan kelayakan boleh dilakukan secara online di pautan: https://ekasih2.icu.gov.my/#menu2
Semak Kelayakan Mykasih Online

Cara daftar mykasih online telah dijelaskan diatas, setelah berjaya daftar, permohonan akan diproses oleh pihak LHDN bagi menentukan jumlah pendapatan individu & isi rumah pemohon, pemohonan biasanya mengambil masa sehingga 21 hari bekerja. Semakan status boleh dilakukan secara:
SMS atau WhatsApp daripada MyKasih
Penerima akan menerima mesej melalui SMS atau WhatsApp yang mengesahkan kelayakan serta maklumat lokasi dan masa sesi orientasi di kedai runcit terpilih.
Hubungi LHDNM atau MOF
LHDNM: 1800882747. Kementerian Kewangan(MOF): 03-8882 4565/4566
Portal MyKasih
Kunjungi https://www.mykasih.com.my dan masukkan nombor MyKad untuk semak status penerimaan bantuan SARA.
Surat Pemakluman
Penerima yang layak akan menerima surat rasmi daripada pihak LHDNM atau MyKasih yang menyatakan kelayakan bantuan.
Portal Rasmi STR
Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk menggunakan nombor MyKad untuk semak status kelayakan STR dan Mykasih.
Jumlah Layak Bantuan Mykasih
Berikut adalah jumlah bantuan mykasih mengikut kategori kelayakan:

Isi Rumah (STR + eKasih)
- RM100 sebulan (Jan–Mac)
- RM200 sebulan (Apr–Dis)
- Jumlah setahun: RM2,100
2. Warga Emas Tiada Pasangan (STR + eKasih)
- RM100 sebulan (Jan–Mac)
- RM150 sebulan (Apr–Dis)
- Jumlah setahun: RM1,650
3. Bujang (STR + eKasih)
- RM50 sebulan sepanjang tahun
- Jumlah setahun: RM600
4. Isi Rumah (STR sahaja)
- RM100 sebulan (Apr–Dis)
- Jumlah setahun: RM900
5. Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)
- RM50 sebulan (Apr–Dis)
- Jumlah setahun: RM450
Semak sekarang cara daftar mykasih online tahun 2025
Jadual Agihan Mykasih Setiap Bulan
Penerima Lama e-kasih | Penerima Baharu (Lulus STR Sahaja) |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
Syarat Kelayakan Bantuan Mykasih
Kelayakan Bantuan Mykasih adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima miskin tegar / miskin ekasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih 31 Oktober 2024 dengan ketetapan seperti berikut:
- Data eKasih 31 Januari 2025 (layak SARA 2025 mulai Januari 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada April 2025.
- Data eKasih 30 April 2025 (layak SARA 2025 mulai April 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Julai 2025.
- Data eKasih 31 Julai 2025 (layak SARA 2025 mulai Julai 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Oktober 2025.
- Data eKasih 30 Oktober 2025 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada November 2025.
Maklumat Lanjut Cara Daftar Mykasih Online
Maklumat lanjut mengenai Senarai Barang Mykasih, sila pergi ke laman web di pautan :
- MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke pihak My Kasih yang Beralamat di :
MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
info@mykasih.com
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.