Kerajaan terus memperluas usaha membantu rakyat melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan menyediakan platform pendaftaran secara online untuk menjadikan rakyat malaysia tahu cara mudah daftar mykasih. Inisiatif ini diwujudkan khas untuk bantu golongan B40 dan miskin tegar menghadapi tekanan kos sara hidup yang makin meningkat.
Apa yang menarik, bantuan RM200 sebulan ini diberi dalam bentuk cashless ke dalam MyKad penerima. Mereka boleh guna MyKad tersebut untuk beli barangan asas di kedai runcit dan pasar raya terpilih. Rujuk cara mudah daftar mykasih sekarang.
Baca juga: MyJPJ Lesen: Bantuan Lesen Percuma B40 2025
Isi Kandungan
Apa itu Mykasih
MyKasih ialah satu badan kebajikan bertanggungjawab memberikan bantuan yang membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad secara cashless dan bantuan disalurkan secara automatik kepada mereka yang layak, berdasarkan data daripada eKasih dan STR.
Cara Mudah Daftar Mykasih
Permohonan daftar Mykasih 2025 dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat melalui dua kaedah utama:
- Secara dalam talian melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my menggunakan MyDigital ID.
- Secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) yang boleh dimuat turun dari portal STR atau diperoleh di mana-mana Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC). Borang yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan perlu dihantar secara fizikal ke pejabat LHDNM.
Pemohon baharu yang layak adalah mereka yang tiada rekod STR 2024, berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah, atau individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah.
Dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil perkahwinan, sijil lahir anak, dan dokumen berkaitan perlu disediakan semasa permohonan.
Semak cara mudah daftar mykasih : bantuanterkini.my
Semak Kelayakan Bantuan Mykasih
semakan boleh dilakukan melalui:

Portal Rasmi STR
Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk menggunakan nombor MyKad untuk semak status kelayakan STR dan Mykasih.
Portal MyKasih
Kunjungi https://www.mykasih.com.my dan masukkan nombor MyKad untuk semak status penerimaan bantuan SARA.
Surat Pemakluman
Penerima yang layak akan menerima surat rasmi daripada pihak LHDNM atau MyKasih yang menyatakan kelayakan bantuan.
SMS atau WhatsApp daripada MyKasih
Penerima akan menerima mesej melalui SMS atau WhatsApp yang mengesahkan kelayakan serta maklumat lokasi dan masa sesi orientasi di kedai runcit terpilih.
Hubungi LHDNM atau MOF
LHDNM: 1800882747. Kementerian Kewangan(MOF): 03-8882 4565/4566
Jumlah Bantuan Mykasih Mengikut Kategori
Berikut adalah jumlah bantuan mykasih mengikut kategori kelayakan:
Isi Rumah (STR + eKasih)
- RM100 sebulan (Jan–Mac)
- RM200 sebulan (Apr–Dis)
- Jumlah setahun: RM2,100
2. Warga Emas Tiada Pasangan (STR + eKasih)
- RM100 sebulan (Jan–Mac)
- RM150 sebulan (Apr–Dis)
- Jumlah setahun: RM1,650
3. Bujang (STR + eKasih)
- RM50 sebulan sepanjang tahun
- Jumlah setahun: RM600
4. Isi Rumah (STR sahaja)
- RM100 sebulan (Apr–Dis)
- Jumlah setahun: RM900
5. Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)
- RM50 sebulan (Apr–Dis)
- Jumlah setahun: RM450
Jadual Pembayaran Bantuan Mykasih 2025
Penerima Lama e-kasih | Penerima Baharu (Lulus STR Sahaja) |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
Semakan Lanjut Cara Mudah Daftar Mykasih 2025
Semakan lengkap mengenai cara mudah daftar mykasih boleh terus semak di laman web Mykasih atau sumbangan tunai rahmah:
Penafian
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.