Pengeluaran Khas KWSP Akaun 3: Syarat, Prosedur & Perkara Penting

Pengeluaran khas KWSP melalui Akaun 3 (Akaun Fleksibel) kini menjadi pilihan ramai pencarum KWSP yang memerlukan akses wang tunai segera tanpa menjejaskan sepenuhnya simpanan persaraan. Akaun ini diperkenalkan selepas penstrukturan semula simpanan KWSP bermula 11 Mei 2024, yang membahagikan simpanan ahli kepada tiga akaun utama: Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3).

Melalui Akaun Fleksibel ini, anda boleh membuat pengeluaran khas KWSP pada bila-bila masa asalkan memenuhi syarat asas yang ditetapkan. Artikel ini akan mengupas dengan lengkap mengenai syarat kelayakan, prosedur permohonan, tempoh bayaran, serta perkara penting yang wajib anda tahu sebelum membuat pengeluaran khas KWSP Akaun 3.

Baca juga: Bantuan OKU RM500 JKM: Permohonan & Semakan Senarai Layak

Apa Itu Akaun 3 (Akaun Fleksibel) ?

PENGELUARAN KHAS KWSP AKAUN 3

Akaun 3 adalah akaun simpanan fleksibel yang membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan wang untuk keperluan jangka pendek. Akaun ini diperkenalkan sebagai inisiatif untuk memberi pilihan tambahan kepada ahli KWSP yang memerlukan bantuan kewangan segera.

Mulai Mei 2024, setiap caruman bulanan akan diagihkan secara automatik:

  • 75% ke Akaun Persaraan (Akaun 1)
  • 15% ke Akaun Sejahtera (Akaun 2)
  • 10% ke Akaun Fleksibel (Akaun 3)

Syarat Pengeluaran Khas Akaun 3 KWSP

Untuk memastikan permohonan pengeluaran khas akaun 3 kwsp diluluskan, syarat dibawah mestilah dipenuhi setiap pencarum kwsp:

  • Umur belum mencapai 55 tahun.
  • Baki minimum RM50 dalam akaun fleksibel.
  • Warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap.
  • Akaun bank aktif atas nama sendiri.

Prosedur Pengeluaran Khas KWSP Akaun 3 Online

Ahli KWSP boleh membuat permohonan secara online melalui aplikasi KWSP i-Akaun ataupun melalui laman web rasmi i-akaun kwsp di pautan : https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login

Langkah-angkah :

  1. Log masuk kedalam i-Akaun.
  2. Pilih menu “Pengeluaran Akaun Fleksibel (Akaun 3)”.
  3. Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan (minimum RM50).
  4. Sahkan maklumat dan hantar permohonan.
  5. Notifikasi status permohonan akan dipaparkan di portal atau dihantar melalui SMS/e-mel.

Ikut gambar dibawah untuk 10 langkah pengeluaran kwsp melalui applikasi i-Akaun:

LANGKAH 1 PENGELUARAN KWSP AKAUN 3
LANGKAH 2 PENGELUARAN KWSP AKAUN 3
LANGKAH 3 PENGELUARAN KWSP AKAUN 3
LANGKAH 4 PENGELUARAN KWSP AKAUN 3
LANGKAH 5 PENGELUARAN KWSP AKAUN 3
LANGKAH 7 PENGELUARAN KHAS KWSP AKAUN 3
LANGKAH 8 PENGELUARAN KWSP AKAUN 3
LANGKAH 9 PENGELUARAN KWSP AKAUN 3
LANGKAH 10 PENGELUARAN KWSP AKAUN 3

Prosedur Pengeluaran Khas KWSP Melalui Kaunter

Pengeluaran khas KWSP melalui kaunter adalah bagi ahli bukan warganegara ataupun ahli yang tiada kemudahan internet dan i-Akaun.

Langkah-langkah:

  1. Pergi ke pejabat KSWP yang berdekatan dan membawa dokumen pengenalan diri, Mykad / Passport, dan buku bank / penyata bank aktif.
  2. pengesahan cap jari diperlukan sekiranya tiada rekod buometrik terdahulu.

Tempoh Bayaran & Cara Pengkreditan Pengeluaran Khas KWSP

PENGELUARAN KWSP AKAUN 3
  • Wang akan dikreditkan terus kedalam akaun bank ahli
  • Tempoh bayaran:
    • Biasanya 3 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
    • Dalam kes tertentu mengambil masa sehingga 7 hari bekerja atau lebih.

Perkara Penting Sebelum Membuat Pengeluaran

Kaji Kegunaan Wang

  • Gunakan pengeluaran khas KWSP hanya untuk keperluan mendesak, bukan perbelanjaan tidak perlu.

Fahami Implikasi Persaraan

  • Walaupun Akaun 3 fleksibel, pengeluaran yang kerap akan mengurangkan jumlah simpanan jangka panjang anda.

Rancang Bajet Dengan Bijak

  • Sediakan dana kecemasan di luar KWSP supaya tidak terlalu bergantung kepada Akaun 3.

Semak Baki Sebelum Mohon

  • Pastikan baki minimum RM50 sentiasa kekal dalam Akaun Fleksibel.

Implikasi Baik & Buruk Pengeluaran KWSP Akaun 3

Kelebihan:

  • Boleh digunakan untuk situasi kecemasan.
  • Tiada had maksimum selagi baki akaun 3 mencukupi.
  • Permohonan di hujung jari anda.

Kekurangan:

  • Simpanan berkurangan jika sering membuat pengeluaran
  • wang berkembang secara lebih perlahan melalui dividen.

Soalan Lazim Pengeluaran Khas KWSP (FAQ)

Berapa jumlah minimum pengeluaran khas KWSP Akaun 3

Minimum RM50

Bolehkah pengeluaran dilakukan melalui mesin ATM?

Tidak, hanya melalui i-Akaun atau kaunter KWSP

Berapa lama masa wang dikreditkan?

Antara 3 hingga 7 hari bekerja selepas kelulusan

Kesimpulan

Pengeluaran khas KWSP Akaun 3 adalah inisiatif bijak KWSP untuk membantu ahli mengurus kecairan kewangan jangka pendek. Dengan prosedur yang mudah, syarat jelas, dan bayaran cepat, ia memberi fleksibiliti kepada pencarum. Namun, penggunaan Akaun Fleksibel ini perlu dilakukan secara berhati-hati agar simpanan persaraan masa depan tidak terjejas.

Leave a Comment