Tarikh STR 2025: Jadual Bayaran Fasa 1, 2, 3 & 4

Semak tarikh str 2025, jadual bayaran bagi setiap fasa, jumlah bantuan dan tarikh agihan mengikut bank penerima.

Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan kerajaan malaysia yang disalurkan kepada golongan B40 dan M40. Bantuan disalurkan dalam bentuk kewangan terus kedalam bank penerima. Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan, ubat ubatan dan keperluan lain.

Bantuan ini menjadi bukti kepada rakyat Malaysia bahawa pihak kerajaan mengambil serius dalam menangani bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat Malaysia.

Baca juga: Senarai Kedai Mykasih Kuala Lumpur (Sumbangan Asas Rahmah)

Tarikh STR 2025

TARIKH STR 2025
TARIKH STR FASA 2 2025

Tarikh STR 2025 diagihkan pada tahun 2025 mengikut data rasmi yang dikeluarkan oleh kementerian kewangan adalah seperti yang berikut:

  • Fasa 1: Januari 2025
  • Fasa 2: April 2025
  • Fasa 3: Ogos 2025
  • Fasa 4: November 2025

Tarikh rasmi STR yang dikeluarkan oleh kementerian kewangan bagi Fasa 3 adalah pada bulan Ogos 2025 namun tiada tarikh yang tepat dikeluarkan lagi. kami akan mengemaskini tarikh yang tepat apabila diumumkan oleh pihak kerajaan.

Syarat Bantuan STR

  • Isi Rumah
    • Status: Berkahwin atau ibu/bapa tunggal (balu/janda/duda) dengan anak yang menepati syarat.
    • Pendapatan isi rumah ≤ RM5,000 sebulan
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Warga emas bujang atau ibu/bapa tunggal tanpa anak.
    • Umur ≥ 60 tahun, pendapatan peribadi ≤ RM5,000
  • Bujang
    • Tidak berkahwin, tanpa anak layak (bujang, ibu/bapa tunggal tanpa anak).
    • Umur 21–59 tahun (atau OKU berumur ≥ 19 tahun jika berdaftar JKM).
    • Pendapatan ≤ RM2,500 sebulan.
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS (kecuali OKU boleh mohon secara individu)

Cara Mohon dan Semak Bantuan STR 2025

Cara paling mudah untuk buat permohonan bantuan STR 2025 adalah melalui online portal rasmi Sumbangan Runai Rahmah. Ikut langkah-langkah dibawah:

  1. Masukkan Kad Pengenalan dan tekan butang “log masuk” atau login menggunakan mydigital ID.
  2. Sahkan kata kunci keselamatan yang ditunjukkan.
  3. Masukkan kata laluan dan tekan butang “log masuk”
  4. Tekan Pada butang “kemaskini”.
  5. Isikan maklumat terkini yang diperlukan.
  6. Sahkan maklumat dan tekan butang “hantar”.

Permohonan yang berjaya akan diproses dalam masa 21 hari bekerja. Anda boleh menyemak status terkini permohonan dengan mengikuti langkah dibawah:

  1. Masukkan Kad Pengenalan dan tekan butang “log masuk” atau login menggunakan mydigital ID.
  2. Sahkan kata kunci keselamatan yang ditunjukkan.
  3. Masukkan kata laluan dan tekan butang “log masuk”
  4. Tekan Pada butang “Semakan Permohonan”.
  5. Status permohonan semasa akan dipaparkan.

Jumlah Bantuan STR 2025 Fasa 1,2,3 dan 4

Jumlah bantuan STR bagi tahun 2025 bagi setiap kategori:

  1. Isi rumah pendapatan RM2500 kebawah :
    • Anak 0: RM1,000
    • Anak 1-2: RM1,500
    • Anak 3-4: RM2,000
    • Anak 5 keatas: RM2,500
  2. Warga emas tiada pasangan: RM600
  3. Bujang: RM600
tarikh-str-2025

Tarikh STR 2025 Mengikut Bank Yang Berdaftar

Antara bank yang terlibat dalam proses pembayaran Fasa 3 STR 2025 adalah seperti berikut:

  • Maybank (Malayan Banking Berhad)
  • CIMB Bank
  • RHB Bank
  • Public Bank
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Ambank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Bank Rakyat
  • Agrobank (Bank Pertanian Malaysia)
  • Alliance Bank
  • Affin Bank
  • UOB Malaysia (United Overseas Bank)
  • HSBC Bank Malaysia
  • Standard Chartered Bank
  • OCBC Bank
  • Citibank Malaysia
  • MBSB Bank
  • Al Rajhi Bank
  • Kuwait Finance House (KFH Malaysia)
  • Bank of China (Malaysia)
  • Deutsche Bank (untuk akaun korporat atau khas)
  • J.P. Morgan Chase Bank
  • ICBC Malaysia
  • BNP Paribas Malaysia
  • MUFG Bank (Malaysia)

Melalui pemerhatian di media sosial dan laporan berita, ramai perasan pembayaran STR biasanya paling awal masuk ke akaun Bank Simpanan Nasional, kemudian diikuti oleh Maybank, CIMB, dan Bank Islam berdasarkan corak pembayaran Fasa 3 tahun 2024 dan Fasa 1 & 2 tahun 2025.

Ranking bank penerima bayaran STR terawal berdasarkan data 2024-2025 adalah seperti jadual dibawah:

RankNama BankCatatan
1Bank Simpanan Nasional (BSN)Terawal untuk bayaran tunai & akaun BSN; juga pemproses utama bantuan.
2MaybankAntara bank swasta pertama memproses kredit STR.
3CIMB BankSangat aktif dan pantas memproses bantuan; pengalaman pengguna baik.
4Bank IslamSelalu tersenarai antara penerima terawal, terutama penerima B40.
5RHB BankUmumnya dikreditkan pada hari sama seperti CIMB/Maybank.
6Bank RakyatPopular di kalangan penerima STR; proses cepat untuk akaun individu.
7AmbankProses dalam tempoh awal, tetapi sedikit lewat berbanding Top 5.
8Public BankKreditan agak stabil, tapi sering selepas 1–2 hari dari BSN.
9Affin BankMasuk dalam hari yang sama, tetapi bukan batch pertama.
10Hong Leong BankTerima bantuan dalam hari sama, tetapi biasanya antara yang terakhir.

Cara Semak Status Bayaran Fasa 3 STR 2025

Semakan status bayaran STR Fasa 3 boleh dilakukan melalui beberapa cara, antaranya ialah dengan menghubungi pihak LHDN di talian 1-800-88-2747, dan juga melalui online dengan mengikuti langkah dibawah:

  1. Layari Laman web STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad pengenalan dan tekan log masuk.
  3. sahkan kata kunci anda.
  4. Masukkan Kata laluan yang didaftarkan.
  5. Jika berjaya, anda akan dimasukkan pada halaman utama
  6. klik pada semakan permohonan.
  7. Status permohonan semasa dan status bayaran akan dipaparkan.

Bantuan Tambahan STR (SARA Untuk Semua) 31 Ogos 2025

Dalam satu pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bakal menyalurkan bantuan tunai RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad setiap penerima menggunakan konsep yang sama seperti (Sumbangan Asas Rahmah).

Bantuan boleh digunakan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 di lebih 4,100 premis seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, 99 Speedmart dan kedai runcit terpilih. Ia hanya boleh digunakan untuk barangan keperluan asas dalam 14 kategori termasuk beras, minyak masak, makanan dalam tin, ubat-ubatan dan barangan kebersihan.

Maklumat Lanjut Tarikh STR 2025

Pengumuman lanjut rasmi mengenai tarikh str 2025 akan diumumkan oleh pihak kerajaan dalam masa yang terdekat kerana mengikut data rasmi, bantuan akan disalurkan pada bulan ogos 2025 untuk fasa 3.

Pemohon juga boleh menyemak tarikh str 2025 di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dipautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Penafian

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai Tarikh STR 2025 dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment