Bantuan Bulanan JKM RM1,000: Permohonan Dan Semakan

Semakan Bantuan Bulanan JKM RM1,000: Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab dalam membantu Masyarakat Malaysia yang tidak bernasib baik.

Pelbagai bantuan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Rakyat Malaysia yang tidak bernasib baik demi melansungkan kehidupan harian sama seperti orang yang lain.

Artikel akan membincangkan bantuan bulanan yang disediakan JKM yang boleh di mohon oleh seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berkelayakan.

Baca Juga: Bantuan Subsidi Yuran kanak-Kanak Autisme 2025 , Semakan STR: Jumlah Bayaran 2025 Terkini Mengikut Kategori

Apa Itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditubuhkan dalam tahun 1946 bertujuan menjaga kebajikan mereka yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangkamasa 76 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.

semak sekarang bantuan bulanan JKM tahun 2025

Apa Itu Bantuan Bulanan JKM

Bantuan Bulanan JKM merupakan Bantuan yang disediakan oleh pihak JKM dibayar mengikut bulan kepada masyarakat yang berkelayakan dan memerlukan.

semak sekarang bantuan bulanan JKM tahun 2025

Senarai Bantuan Bulanan JKM

Berikut adalah senarai bantuan bulanan JKM yang boleh dimohon:

  • BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
  • BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)
  • BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
  • ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
  • BANTUAN AM PERSEKUTUAN
  • BANTUAN AM NEGERI
  • BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
  • BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)
  • BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Cara memohon Bantuan Bulanan JKM

Anda Perlu Menghadirkan diri ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat permohonan. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Dokumen Yang Perlu Dilampirkan

Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Kadar Bantuan Dan Syarat Kelayakan Bantuan Bulanan JKM

Kadar Bantuan dan Syarat Kelayakan adalah berbeza mengikut jenis bantuan yang dipohon, semak artikel dibawah untuk memahami kelayakan bantuan bulanan JKM megnikut jenis bantuan:

1. BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

BANTUAN BULANAN JKM

KADAR
Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

i.   RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii.  RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

TUJUAN
1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya
    dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan
    kanak-kanak mengikut peringkatnya.
2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak
    termasuk kasih sayang dan perhatian.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;

BORANG PERMOHONAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Semak sekarang bantuan bulanan jkm.

2. BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)


KADAR

RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
 
TUJUAN

  1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
  2. Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

 
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :- 

  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
  • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

BORANG PERMOHONAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Semak sekarang bantuan bulanan jkm.

3. BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

BANTUAN BULANAN JKM WARGA EMAS

KADAR
RM500 sebulan seorang.

TUJUAN
Bantuan ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal di:
     i.  Institusi kendalian JKM; atau
     ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;

BORANG PERMOHONAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Semak sekarang bantuan bulanan jkm.

4. ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)

BANTUAN BULANAN JKM EPOKU

KADAR
RM450 sebulan seorang.
 
TUJUAN

1. Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang
   produktif.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
3. Pemegang kad OKU JKM;
4. Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.

BORANG PERMOHONAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  3. Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019  

Semak sekarang bantuan bulanan jkm.

5. BANTUAN AM PERSEKUTUAN

KADAR
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

OBJEKTIF
Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN
1.  Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
2.  Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain;

6. BANTUAN AM NEGERI

KADAR
Berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing 
 
TUJUAN
Membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.
 
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Semak sekarang bantuan bulanan jkm.

7. BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

BANTUAN BULANAN JKM btb

KADAR
RM300 seorang sebulan.
           
TUJUAN
1. Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
2. Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang Kad OKU JKM;
  4. Tidak berupaya bekerja.
  5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
  • Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
  • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);

      6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.

8. BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)

BANTUAN BULANAN JKM BPT

KADAR
RM500 sebulan seorang.

TUJUAN

1. Meringankan bebanan keluarga/ penjaga

2. Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;

BORANG PERMOHONAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

9. BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

KADAR
 RM200 sebulan seorang.

TUJUAN
Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
 
SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  3. Kes-kes seliaan akhlak; atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat;

Senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat Setiap Negeri: Alamat dan Nombor Telefon

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

  • Address: Aras 4 & 5, Kompleks Penyayang Kempas, Lot 131200, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor
  • Emailjkmn_johor@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah

  • Address: Aras Bawah, Zon C, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Mu’adzam Shah, 06550 Alor Setar, Kedah
  • Tel: 04-700 1700
  • Fax: 04-731 3407
  • Emailjkmn_kedah@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

  • Address: Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan
  • Tel: 09-7416900
  • Fax: 09-7481264
  • Emailjkm@kelantan.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Labuan

  • Address: Peti Surat 81212, Jalan Tun Mustapha, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan, WP Labuan
  • Tel: 087-424961
  • Fax: 087-418185
  • Email: jkmn_labuan

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

  • Address: No. 36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1, Bangunan Kota Cemerlang, 75450 Melaka
  • Tel: 06-333 3333
  • Fax: 06-231 9221
  • Emailjkmn_melaka@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak

  • Address: Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, 30000 Kinta, Perak
  • Tel: 05-2545505
  • Fax: 05-2546505
  • Emailjkmn_perak@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

  • Address: Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, 01000 Kangar, Perlis
  • Tel: 04-9791400 / 04-9791401
  • Emailjkmn_perlis@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

  • Address: Aras 35, Menara KOMTAR, 10564 Timur Laut, Pulau Pinang
  • Tel: 04-6505259
  • Fax: 04-2635964
  • Emailjkmnpp@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

  • Address: Unit G6, Tingkat Bawah, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L, 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
  • Tel: 03-5545 5598
  • Fax: 03-5545 5229
  • Emailjkmn_selangor@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

  • Address: Tingkat 1, Blok B, Wisma Negeri, Jalan Dato Abd. Malek, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
  • Tel: 06-765 9555
  • Fax: 06-7629 541
  • Emailjkmn_sembilan@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

  • Address: Tingkat 1, Wisma Negeri, Jalan Pejabat, 20564 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Tel: 09-6222444 / 09-6274256/51
  • Fax: 09-6239864
  • Emailjkmnterengganu@jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

  • Address: Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, WP Putrajaya
  • Tel: 03-8000 8000
  • Fax: 03-8323 2045

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak

  • Address: Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14, Off Jalan Siol Kanan, 93050 Kuching, Sarawak
  • Tel: 082-449577
  • Fax: 082-448741 / 082-448455
  • Emailwelfare@sarawak.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Address: Aras Bawah, 16-18, Menara Teo Chew, No.1, Jalan Lumut, Pekeliling, 50400 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
  • Tel: 03-40104000
  • Fax: 03-40104239
  • Emailjkmn_kl@jkm.gov.my

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah

  • Address: Tingkat 6 & 8, Blok B, Bangunan Wisma MUIS, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
  • Tel: 088-255133 / 088-255134 / 088-244228
  • Fax: 088-224983 / 088-318304
  • Emailjpka_sabah@jkm.gov.my

PENAFIAN

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment